CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemegang kad UNHCR tetap dikenakan tindakan jika bekerja secara haram, buat jenayah

14-7-2026 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 5

 



Kuala Lumpur: Pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk pelarian etnik Rohingya tetap dikenakan tindakan jika bekerja secara haram atau melakukan jenayah di negara ini walaupun diberi kelonggaran daripada tindakan bagi dua kesalahan imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, pemegang kad UNHCR hanya dikecualikan daripada tindakan berkaitan kesalahan tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atas faktor kemanusiaan.

Katanya, pihaknya tidak berkompromi sama sekali dengan mana-mana warga asing yang tiada dokumen sah untuk berada di negara ini termasuk etnik Rohingya.

"Pemegang kad (UNHCR) mereka akan terlepas daripada tindakan berkaitan dengan kesalahan imigresen iaitu tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen, dua perkara ini saja," katanya ditemui di Balai Berita di sini, hari ini. 

Bagaimanapun katanya, selain dua kesalahan itu, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang negara termasuk kesalahan Akta Imigresen serta undang-undang yang dikuat kuasakan agensi lain.

 "Pelarian etnik Rohingya yang didapati bekerja juga kita boleh ambil tindakan cuma kita tidak boleh ambil tindakan ke atas mereka tinggal di sini tanpa dokumen yang sah.

"Ia kerana kad itu (UNHCR) walaupun kita tidak iktiraf itu tetapi atas faktor kemanusiaan kita menerimanya sebagai pas untuk mereka tinggal sementara.

"Kesalahan lain masih tertakluk pada undang-undang kita termasuk juga undang-undang dikuat kuasakan agensi lain. Contohnya jenayah, kes rogol dan sebagainya mereka juga tidak terlepas daripada undang-undang dan akan diambil tindakan," katanya.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, pihaknya tidak mempunyai data sebenar jumlah etnik Rohingya yang berada di negara ini kerana angka sedia ada bergantung kepada rekod pendaftaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, JIM sedang melaksanakan program dokumentasi pelarian bagi mendapatkan data yang lebih tepat berkenaan jumlah sebenar golongan berkenaan di Malaysia.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 14-7-2026 05:41 PM
Local pepol memang tak acknowledge langsung kad tu. Kalu boleh nak musnahkan terus. Yang pakai unipom saja banyak sangat kemanusiaannya.
Quote pinkpunk 16-7-2026 10:31 AM
wait. apa maksud keje secara haram? memang ke dorg ni tak boleh keje...
msia sendiri pun akta tak kuat.. adehhh
Quote kelip2_07 16-7-2026 11:11 AM
br kuatkuasa taun nie ke cmne?org tu dh beranak pinak mcm tikus berpuluh taun dh
Quote BungaKencana 16-7-2026 11:56 AM
cube bg kelonggaran dkt org awam utk tangkap Rohingya ni cuma syarat dia jgn cederakan dorang.. pastu hantar balik berperingkat ke Myanmar..
Quote silance 16-7-2026 01:31 PM
Super elnino predicted coming this nobember. Rakyat malasia dah ready ke nak berebut air dengan rohingnya dan segala mala bala pati yang berjuta tu?
BODOH!


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.115096 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top