CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket bawa masuk Rohingya kini ubah taktik - Laksamana Maritim

14-7-2026 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 250| Komen: 4

 


Putrajaya: Sindiket membawa masuk pelarian Rohingya kini dikesan mengubah taktik apabila tidak lagi membawa masuk secara skala besar melalui laluan laut.

Sebaliknya, sindiket kini menggunakan kaedah masuk secara 'runcit-runcit' dengan transit di negara jiran, Thailand sebelum diseludup menggunakan laluan darat.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sebelum ini modus operandi mereka akan membawa masuk Rohingya ini secara terus ke Malaysia melalui laluan laut.

Menurutnya, selepas penguatkuasaan yang lebih serius dan operasi kerap diadakan bagi menjaga sempadan perairan negara daripada diceroboh, mendapati sindiket sudah mula mengubah modus operandi ke arah lain.

"Antaranya mereka mengubah modus operandi dengan terlebih dulu datang ke Thailand dan berada di sana dalam tempoh beberapa waktu sebelum masuk ke Malaysia melalui sempadan darat dan bukan lagi laut.

"Kita ada maklumat mereka kini masuk ke Thailand dalam skala kecil malah ke Thailand juga ada yang masuk mengikut laluan sungai sempadan Myanmar Thailand," katanya dalam temubual khas bersama Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, dalam kes tangkapan di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka yang ditahan ketika disoal siasat menceritakan masuk melalui Thailand.

"Terkini dalam tangkapan lapan orang di Kelantan pada 24 Jun lalu, mereka juga transit di Thailand dan masuk melalui sempadan darat di Kelantan sebelum ditahan APMM.

"Dia ada beberapa faktor mereka tetap cuba masuk ke negara ini kerana negara asal yang tidak selesa lagi untuk tinggal selain konteks ekonomi Malaysia serta demografi yang mana ada komuniti mereka di sini menyebabkan mereka ingin masuk ke sini," katanya.

Katanya, operasi tetap akan diteruskan bagi mengekang kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 14-7-2026 05:48 PM
Paragraf 9 tu jangan ulang banyak kali la, benci aku dengar.

Muntri pi telepon muntri telend suruh tembak pati dekat telen sana sebelum masuk sini. Orang sini takkan tembak takut masuk nuraka.

Quote ultra78 15-7-2026 08:40 AM
Sempadan kelantan tu berisiko tinggi. Rakyat lokal sanggup ambil upah seludup pendatang haram jika dapat upah lumayan. Maklumlah dah tak ada kerja lain.
Quote pinkpunk 16-7-2026 10:28 AM
so ni maksudnya kita punya sempadan senang si tmbus lah? atm tiap2 tahun modal besar, tapi tak boleh gak tutup lubang tikus.hmmmm
Quote pinkpunk 16-7-2026 10:28 AM
eh sorry. 2 kali pulak post

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.043029 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top