|
Kecederaan buku lali menjadi titik perubahan buat atlet dan pempengaruh, Intan Serah, apabila kembali memberi tumpuan terhadap bidang lakonan. Intan atau nama sebenar, Intan Sarah Anisah Zulgafli, 27, berkata selepas hampir setahun berehat daripada arena sukan, dia mengambil peluang mencabar diri dengan menerima tawaran membintangi drama. Menurutnya, lakonan bukan sesuatu yang asing kerana pernah membintangi filem Gol & Gincu pada 2018. Namun, pengalaman berlakon drama lebih mencabar, terutama apabila diberi kepercayaan memegang watak utama. "Ini adalah drama pertama saya. Sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Gol & Gincu pada 2018. Pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya ketika menjayakan drama ini. "Sekarang saya berehat daripada sukan kerana mengalami kecederaan yang agak serius. "Sudah hampir setahun saya tidak bersukan. Jadi saya fikir, mengapa tidak mencuba bidang lain," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Fandom di sini, baru-baru ini. Intan mengakui berdepan tekanan apabila menggalas watak heroin, apatah lagi digandingkan dengan pelakon berpengalaman, Kamal Adli. "Bagi saya, drama P.L. I Love You agak mencabar kerana saya pegang watak heroin. "Saya berganding dengan Kamal Adli. Jadi, sudah tentu penonton mahu melihat siapa heroin dan bagaimana keserasian kami. "Memang ada tekanan, tetapi pada masa sama, saya seronok kerana dapat belajar daripada pelakon senior yang lebih berpengalaman," katanya. Ditanya sama ada dia selektif memilih watak, Intan berkata dia tidak menetapkan sebarang kriteria. Sebaliknya, Intan menganggap menganggap setiap tawaran sebagai peluang mengembangkan bakat lakonan. "Watak dalam drama P.L. I Love You agak berat kerana banyak babak menangis, sedangkan saya ceria dan suka bergurau. "Tetapi jika ada tawaran selepas ini, saya terbuka terima apa juga watak. Saya mahu terus mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu," katanya. Mengulas kemungkinan berdepan kecaman warganet, Intan mengakui sedia menerima sebarang teguran. Namun, Intan berharap teguran disampaikan secara berhemah dan membina. "Kecaman itu perkara biasa, tetapi saya harap penonton dapat menghargai usaha kami yang sudah memberi yang terbaik. "Jika mahu kritik lakonan saya, tegurlah dengan cara yang baik kerana saya masih dalam proses belajar," katanya. Dalam perkembangan sama, Intan tidak menolak kemungkinan meneruskan kerjaya lakonan meskipun kembali aktif dalam sukan.
Akuinya, kedua-dua bidang itu boleh bergerak seiring jika jadual penggambaran tidak bertembung dengan musim pertandingan. "Sebelum ini pun saya pernah imbangi aktiviti bola sepak dengan dunia hiburan, jadi, saya percaya kedua-dua bidang boleh dilakukan serentak. "Semuanya bergantung kepada keadaan fizikal, jadual dan komitmen yang perlu diuruskan dengan baik. "Apabila sudah pulih sepenuhnya dan jadual mengizinkan, saya akan teruskan kedua-duanya. Bagi saya, bidang sukan dan lakonan masing-masing ada tempat tersendiri dalam hidup saya," ujarnya. |
prince_marhaen replied at 15-7-2026 10:01 AM
Masa filem G&g 2 aku memang dah perati dia ni lawa, berlakon natural walaupun first film, first berl ...
akido_kido replied at 15-7-2026 09:12 PM
ada ke dia berlakon G&G tak perasan pulak.
ya dia ni memang gila2


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.032825 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.