|
Kota Bharu: Parti Perikatan Nasional (PN) dan UMNO-BN mempunyai pendekatan yang lebih hebat dan berbisa dalam kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini, kesemua enam parti komponen dalam PN dan UMNO sudah mencapai kata sepakat berkenaan pendekatan yang akan digunakan dalam pilihan raya itu. Katanya, secara kasar dasar pendekatan sudah disepakati namun perbincangan lanjut akan dilaksanakan parti masing-masing. "Saya tak boleh dedahkan, namun kali ini pendekatan digunakan jauh lebih hebat dan berbisa. "Pada PRN Johor lebih bersifat menyekat tetapi untuk Negeri Sembilan adalah untuk mengambil alih pentadbiran negeri," katanya ketika ditemui di Rimbara, Puteri Saadong, Bukit Marak, di sini, hari ini. Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, PAS akan mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan jumlah dan calon bagi kerusi pada pilihan raya itu. Katanya, pengesahan dan kelulusan calon akan dimuktamadkan pada mesyuarat itu dan akan diumumkan pada Khamis. "Kena tunggu pengumuman dibuat sendiri Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang) atau setiausaha agung parti," katanya. Semalam, Abdul Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan UMNO-BN dan menerima jika calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada parti itu sekiranya mereka bekerjasama keduanya dimuktamadkan pada PRN Negeri Sembilan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-8-2026 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064935 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.