|
Ayer Keroh: DAP Melaka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Keputusan itu diambil selepas Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan pelantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Pengumuman itu dibuat Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong pada sidang media khas yang turut dihadiri empat ADUN DAP iaitu Allex Seah Shoo Chin (Kesidang); Kerk Chee Yee (Ayer Keroh); Low Chee Leong (Kota Laksamana) serta Leng Chau Yen (Banda Hilir). Berita lanjut menyusul |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.031416 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.