CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna taktik kahwin warga tempatan, lelaki Bangladesh disyaki dalang jual kad UNHCR

14-7-2026 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 93| Komen: 2

 



Alor Setar: Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai dalang menjual permit kerja palsu dan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada warga asing.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kegiatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas pihaknya menyerbu empat lokasi berasingan sekitar Kulim pada 27 Jun lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan 24 individu terdiri daripada 19 lelaki Bangladesh, empat Rohingya dan seorang wanita tempatan.

"Siasatan mendapati suspek berkahwin dengan wanita tempatan berusia 69 tahun yang mempunyai tiga syarikat iaitu kedai runcit, kedai komputer dan kontraktor. 

"Syarikat itu dipercayai digunakan sebagai alasan untuk membolehkan permohonan pekerja asing dilakukan suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, sementara menunggu dokumen berkaitan siap, sindiket terbabit akan mengumpulkan sebahagian warga asing di sebuah rumah dan mengutip bayaran kira-kira RM4,000 seorang.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pasport yang dirampas adalah tulen, namun sebahagiannya bukan milik individu yang ditahan.

"Ini kerana apabila diperiksa dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), didapati terdapat maklumat individu lain pada pasport berkenaan," katanya.

Adzli berkata, serbuan turut membawa pada rampasan 40 pasport, 10 telefon bimbit, empat komputer riba dan satu permit kerja palsu. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 14-7-2026 05:56 PM
Edited by silance at 14-7-2026 08:04 PM


https://www.youtube.com/shorts/oSlaLkx5vqU

"Siasatan mendapati suspek berkahwin dengan wanita tempatan berusia 69 tahun yang mempunyai tiga syarikat iaitu kedai runcit, kedai komputer dan kontraktor.

Eeeiiii, nenek sapa jadi pengkhianat ni? Larat ke nenek 79 taun nak layan bangla 40 taun?


Rxz excident berlumba cepat je nak draff ruu. Bangla kawin nenek monopos demi lesen tadak bleh draff ruu ka?
Quote shernazz 15-7-2026 08:14 AM
Sudah kaya raya noks...
Iols ada kenal someone ni jadi wife kepada bangla
Now dah kaya raya hasil jadi kontraktor signboard jalan...
Perghhhh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.029259 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top