CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin sebelum akhir tahun, kalau boleh dipercepat – Syed Saddiq

13-7-2026 08:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1420| Komen: 10

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini selepas menerima restu daripada kedua-dua ibu bapanya.

Menurut Syed Saddiq, 33, sejurus selesai menunaikan solat subuh, bisikan orang tuanya menjadi isyarat paling jelas bahawa perancangan ke arah perkahwinan kini boleh diteruskan dengan lebih tenang.

“Memang boleh buat persiapan dengan tenang. Selepas solat subuh, bila ayah dan ibu dah berbisik, itu signal (isyarat) yang paling jelas.

“Itu memang perancangan kami, cuma sekarang perancangan jauh lebih tenang. Kalau boleh dipercepatkan, itu antara harapan keluarga supaya dapat diselesaikan sebelum akhir tahun,” katanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepadanya, hari ini.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu enggan mengulas lanjut mengenai perancangan naik pelamin dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kerana menghormati institusi kehakiman.


Syed Saddiq turut memaklumkan akan berkongsi lebih banyak perkara berhubung hari bersejarah mereka dalam satu sesi siaran langsung yang dijangka diadakan pada sebelah malam.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 dan difahamkan pasangan berkenaan dijangka bernikah Oktober ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 13-7-2026 08:55 PM
Alhamdulillah... so bulan oktober la.. tapi iols skeptikal..
Quote noor2 13-7-2026 10:50 PM
Moga cepat nikah.....
Quote Kuin-Kepam 14-7-2026 06:16 AM
Menanah haterz2 tersangkak cari porum...hanya mampu perli memerli sesambil ketik2 buang data 4G prepaid je..

Bila hidup x de pengisian gitu la dek jdi langau internet tanpa arah tujuan idop. Langau sebar taik level gitu. Omputih panggil.. sore losers! Sian nyer..


Quote SisterHong 14-7-2026 08:07 AM

Quote akies 14-7-2026 09:11 AM
Ok. Tak lama lagi agaknya tu
Quote nolya 14-7-2026 12:01 PM
Alhamdulillah, perkara yg baik elok sangat dipercepatkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Good luck to SS  n BA. To SS family, tahniah n selamat terima menantu.
Quote KamikuP 14-7-2026 03:37 PM
Jemput masuk acik pors sekalian :

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5543585&extra=&page=240
Quote Blu3butter 14-7-2026 08:24 PM
Tak sabarnya
Quote apikwaeh 15-7-2026 09:00 AM
Bila tgk gambo ataih tu.. Kenapa nmpk dua entiti yg sgt jauh beza. Ia terpisah walau selalu bersama dan sedondon
Ada pasangan walau muka tak seiras, kulit rupa beza, kadang tak sekufu tapi boleh nmpk ada kesamaan

Ini betul2 terpisah..
Quote Tehran 15-7-2026 10:05 AM
apikwaeh replied at 15-7-2026 09:00 AM
Bila tgk gambo ataih tu.. Kenapa nmpk dua entiti yg sgt jauh beza. Ia terpisah walau selalu bersama  ...

1. Kena sihir

2. SEBAB TAK SEKUFU SERBA-SERBI

3. Hubungan yang penuh mudarat dan sungguh tak masuk akal.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036962 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top