CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikut kelas vokal, ramai kata suara saya bingit – Fiza Frizzy

11-7-2026 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1335| Komen: 27

 


Menyedari dirinya sering dilabel sebagai pengacara bersuara bingit, Fiza Frizzy mengambil inisiatif menghadiri kelas vokal untuk mengawal ton suara.

Menurut Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md. Saaf, 38, dia menghadiri kelas vokal bersama penyanyi dan guru vokal terkenal, Noryn Aziz.

“Sebenarnya saya dapat banyak komen yang mengatakan suara saya bingit. Sebagai seorang pengacara saya sentiasa mengambil kira pandangan penonton.

“Tak kisahlah berapa puluh tahun pun kita menjadi pengacara, ada banyak lagi benda yang perlu kita belajar terutamanya dalam mengawal suara.

“Selain suara bingit, saya perasan saya kerap hilang suara sebab kadang-kadang dalam masa sehari saya ada tiga tugasan.

“Saya mula mengambil jelas vokal ketika diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara One In A Million kerana itu merupakan platform yang sangat besar,” katanya ketika ditemui pada sidang media AJL40 Pandangan Pertama, di sini, baru-baru ini.


Tambah Fiza, sejak menghadiri kelas vokal, banyak perubahan yang dialaminya terutamanya isu kehilangan suara tidak lagi terjadi.

“Sebenarnya ada pelbagai teknik lontaran suara. Noryn Aziz ajar saya sambil main piano untuk cari ‘key’ suara saya seolah-olah saya ialah seorang penyanyi.

“Suara apa yang perlu digunakan jika berhadapan dengan ‘crowd’ yang ramai. Suara apa nak digunakan bila tekak hampir nak hilang suara. Kena guna suara hidung. Itu semua antara apa yang diajar,” kongsinya.

Ditanya adakah dia terguris dilabel sebagai pengacara bingit, kata ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia sentiasa positif dan terbuka untuk penambahbaikan.

“Kalau kita ambil hati dengan kata-kata orang macam mana kita nak kekal relevan dalam industri ini. Saya mahu kekal relevan, sebab itu saya ambil segala kritikan dan perbaiki diri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fiza bakal menggalas tugas sebagai hos di acara karpet merah AJL40 bersama Fizi Ali pada 15 Ogos hadapan bertempat di Unifi Arena Bukit Jalil. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-7-2026 11:08 AM
Bukan bingit je, tapi kelam kabut sangat...macam nak rushing gi kencing.. tu yang always nampak terjerit-jerit.. kadang hosting kau kena tengok event jugak, kalau event yang fast pace memang kena hyper, kalau santai2 kau santai je lah.. terpekik-pekik, red carpet pun terpekik, backstage pun terpekik, menjual lagilah huru hara..
Quote LembingDayanti 11-7-2026 11:34 AM
belajar dengan cikgu yg salah lagi hauk la jadinya hahahaha.
Quote LembingDayanti 11-7-2026 11:35 AM
belajar dengan cikgu yg salah lagi hauk la jadinya hahahaha.
Quote nolya 11-7-2026 01:16 PM
Ada sorang lagi yg lagi bingit n very annoying, iaitu Nadia.
Memang I tak boleh tahan  dgn kebingitan dia. Langsung off kan vol.
Quote nolya 11-7-2026 01:16 PM
Edited by nolya at 11-7-2026 01:18 PM


deleted.... dbl posting
Quote Hoola 11-7-2026 01:48 PM
Edited by Hoola at 11-7-2026 06:21 PM

aundien tua mcm achik ni
kalau tgk AJL nnti hrp dpt bertenang

pengacara red carpet hyper bingit
pnynyi sora nynring lontaran ke langit

sediakan air jug tepi ruang tamu siap2
aku plak nnti rasa skt tekak
Quote gangerina 11-7-2026 02:04 PM
so jadi mc ni masyuk lah ye...nengok dia shopping kemain lg
Quote Kancilkering 11-7-2026 02:21 PM
Shopping beriye terpaling

Frizzy bingit
Quote cahaya_almas 11-7-2026 03:16 PM
Suara fizi best je dgr...
Quote Lily_Elizabeth_ 11-7-2026 03:57 PM
Suara sissy Iman pun bingit. I kalau nampak dia acara apa apa kat medium TT ke tv ke or radio ke, I akan kalih cepat. Dia ni bapak dia nak dia sangat jadi artist. Ingat lagi bapak dia citer, siap jahitkan baju for dia acara kan majlis. Tak tahulah pulak kalau saja saja make up story supaya ada Cerita pasal.dia. kadang wartawan suka make up Cerita bukan bukan. Saja nak bagi ada bual bicara.
Tapi sungguhhhh naaa, suara sissy ni halus nyaring, sakit telinga dengar dia bercakap.
Quote bottombikini 11-7-2026 04:12 PM
mmg bingit pun sore dia
sejenis nak try cakap laju laju ke camne
tak lalu tgk dia menjual kat wowshop terpekik2
sorang lagi ex af ape nama dak tu ..pun bingittt
Quote sukacactus 11-7-2026 06:20 PM
Xkesah pun dia bingit sebab dah lama xtgk pun program hiburan
Tp selalu tgk akak bezza ni kat tktk shopping & unboxing…part tu aku suka & kelakar
Quote bedahmenjuyah 11-7-2026 07:21 PM
nolya replied at 11-7-2026 01:16 PM
Ada sorang lagi yg lagi bingit n very annoying, iaitu Nadia.
Memang I tak boleh tahan  dgn kebingita ...

Nadia mana chuols? Yg lawa tu ke? Dulu bertudung, now dah free hair seksi seksa. Yg tu ke? Tp dia consider host senior.
Quote olezzeli17 11-7-2026 07:37 PM
bedahmenjuyah replied at 11-7-2026 07:21 PM
Nadia mana chuols? Yg lawa tu ke? Dulu bertudung, now dah free hair seksi seksa. Yg tu ke? Tp dia  ...

Bukan Nadia anak Kak Ton tu. Nadia AF.. dulu2 time tak berapa nak laku sangat, dia jual popia basah..  dia jadi pengacara JJCM.
Quote theotherfriend 11-7-2026 08:15 PM
Iols suka sebab dia ni ceria.
Quote nolya 11-7-2026 11:25 PM
bedahmenjuyah replied at 11-7-2026 07:21 PM
Nadia mana chuols? Yg lawa tu ke? Dulu bertudung, now dah free hair seksi seksa. Yg tu ke? Tp dia  ...

Dia Nadia Hasnan yg muncul setiap Khamis, jm 2.00 ptg dlm prog Nadia Havoc.  

Sorry, Nadia, saya tak berkenan langsung dgn penampilan Nadia, apa lagi dgn suara terpekik2.  Bingit! I tutup atau kalih ke tv1.
Quote Perawankota 12-7-2026 01:34 AM
Aku suka je host yg pandai bercakap, tapi bukan bingit dan tau hormat majlis
Quote adiwarna 12-7-2026 03:09 AM
Yaaa, aku setuju dgn forumer2, teŕlalu membingitkan ya cara si frizzy dgn si nadia senan tu mengacarakan rancangan...kenot take it, mmg akan tukar channel...sorry media prima channel...
Quote lolipopmanish 12-7-2026 12:51 PM
nolya replied at 11-7-2026 01:16 PM
Ada sorang lagi yg lagi bingit n very annoying, iaitu Nadia.
Memang I tak boleh tahan  dgn kebingita ...

Ade jugak orang sependapat dgn iols

Aritu ade show dia yg nadia havoc tu kan, serius menyampah dgr dia nyanyi

Dah la jd host jjcm pon tak best, dia tak reti nak explain rasa makanan tu pastu bila mkn nampak fake!!

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073641 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top