CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kuat Juga Rupanya Aura RR…Masih Ada Yang Berdebar Bila Dengar Nama” - Rita Rudaini

10-7-2026 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 473| Komen: 4

 


Pelakon Rita Rudaini berkata meskipun sudah bertahun berlalu namun masih ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kewujudannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata ada pihak yang berdebar apabila mendengar namanya serta mendakwa jika tidak suka mengapa perlu ‘memerhati’.

 

“Kuat juga rupanya aura Rita Rudaini. Bertahun-tahun  berlalu, tapi masih ada yang berdebar bila dengar nama, nampak gambar, atau sekadar tahu kewujudan. Kalau betul tak suka, kenapa masih sibuk memerhati? Pelik ek,” tulisnya.

Sementara itu, Rita berkata sejak dulu lagi dia dikecam dan difitnah namun kelak anak-anaknya yang akan melindunginya.

“Dari dulu kena hentam, difitnah, diuji. Sekarang anak-anak  dah besar. Mereka nampak sendiri air mata, penat lelah, jatuh bangun mommy. Jadi jangan hairan kalau mereka berdiri di depan untuk lindungi ibu mereka. Bayang mommy dulu yang dikejar, 

“Sekarang bayang anak-anak pun ada yang mula rasa tak senang. Nasihat kecil, kalau tak suka, jangan skodeng…Takut makin stres,” tulisnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Prahara 10-7-2026 03:52 PM
Perasannya acik ni! Tuju pada ex la tu
Quote LaskarHijayu 10-7-2026 06:32 PM
Tak habis2 dia ni...
Quote Orenn1 10-7-2026 06:45 PM
Tak habis2 org tua seko ni
Quote lanacondor 10-7-2026 08:47 PM
Semoga rita bertemu jodoh dgn lelaki yg baik. Yg betul2 boleh beri kebahgiaan mcm erra. Aamiin

Aku kesian kat ibu2 tunggal ni, mgkin dia sunyi. Harap bertemu jodoh nt xde la merempan.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030422 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top