|
PELAKON Fathia Latiff meluahkan rasa kesal terhadap prosedur kosmetik yang pernah dilakukannya sebelum ini demi mengejar kecantikan wajah secara cepat. Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 39, berkata, selain meninggalkan impak negatif kepada tekstur kulit, suntikan botoks itu juga membuatkan wajahnya kelihatan rosak sebaik sahaja kesan rawatan berkenaan mula hilang. “Saya menyesal sebab perubahan wajah saya sebelum ini memang ada buat botoks, tapi kesannya tak lama. Muka akan jadi rosak, kedutan akan datang balik dan masalah beg mata pun muncul semula. “Saya buat cara ‘cucuk’ dan sampai sekarang kesannya masih ada,” katanya dalam satu perkongsian video sebelum ini. Mengulas lanjut mengenai keadaan fizikalnya, Fathia mengakui faktor usia yang kini menghampiri angka 40-an menyebabkan kulit wajahnya mula kehilangan keanjalan. Jelasnya, dia kini terpaksa berdepan dengan masalah otot wajah yang semakin kendur terutamanya di kawasan-kawasan sensitif. “Muka saya macam sudah tidak tegang termasuk bawah mata sebab umur pun sudah 39 tahun. Semua otot wajah sudah jatuh. Saya memang mahu tegangkan semula di bahagian mata, mulut dan pipi,” ujarnya. Disebabkan itu, Fathia berkata dia memilih pendekatan yang lebih selamat dan bersifat semula jadi dengan menggunakan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) untuk mengekalkan keremajaan wajahnya. Dalam pada itu, Fathia turut menitipkan pesanan khususnya golongan wanita yang berniat untuk mengubah bentuk wajah agar tidak tersilap langkah seperti dirinya. Jelasnya, proses penuaan secara semula jadi adalah jauh lebih selamat daripada bergantung kepada prosedur kosmetik yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. “Saya harap sebelum orang nak buat apa-apa prosedur wajah, fikir dahulu. Kerana bagi saya, 'age gracefully' (menua dengan anggun) adalah yang terbaik,” tambahnya. Sebelum ini Fathia mengakui tidak yakin dengan wajah terlalu cngkung sehingga menyebabkan dia membuat pelbagai rawatan untuk mencantikkan mukanya. Kata Fathia, selepas beberapa kali membuat rawatan botox pada wajah dan mata serba menambah 'filler' di bibir, dia berasa yakin dengan kecantikan yang dimiliki. Sumber : mStar |
rosmahisham replied at 8-7-2026 07:57 PM
Rasanya fatia kena kuruskn badan dulu..baru muka akan berubah sikit.

prince_marhaen replied at 9-7-2026 07:57 AM
bukan sebab botx sangat pun.. everybody knew rosak sebab dadih air batu kan... memang makan masa nak ...
black_handbag replied at 9-7-2026 11:03 PM
Lah.. baru 39 ke umo ko dik? Iols ingat dah 45 gitu. Yg pelik dia ni tak pernah kawin xpenah beranak ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-7-2026 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039945 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.