CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ziko dakwa kemenangan Argentina 'diatur', pengadil tidak berlaku adil - "Tahniah kepada Argentina untuk satu lagi Piala Dunia, nampaknya"

8-7-2026 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 259| Komen: 7

 



ATLANTA: Penyerang Mesir, Mostafa Ziko tidak dapat menahan emosi apabila mendakwa kekalahan negaranya 3-2 kepada Argentina dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia adalah 'diatur'.

Bintang 'The Pharaohs' itu menyifatkan beberapa keputusan pengadil, Francois Letexier sebagai tidak adil ketika juara bertahan bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang di Atlanta.

Ziko turut menjadi mangsa keputusan kontroversi apabila golnya dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) atas dakwaan berlaku kekasaran dalam gerakan yang membawa kepada jaringan itu.

Mesir juga merasakan mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti selepas Mohamed Salah dijatuhkan dalam kotak penalti beberapa saat sebelum Enzo Fernandez menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan pada masa kecederaan.

"Pengadil tidak bagus dan tidak adil. Ketidakadilannya sangat jelas. Dia menekan kami sejak awal perlawanan. Dia tidak mahu kami menang.

"Perlawanan ini seperti sudah diatur. Kami mendahului 2-0 tetapi dia terus memberikan tekanan kepada kami.

"Tahniah kepada Argentina untuk satu lagi Piala Dunia, nampaknya," kata Ziko.

Ziko sebelum itu meledak gol kedua Mesir menerusi serangan balas pantas pada minit ke-67 sebelum Argentina bangkit menerusi jaringan Cristian Romero, Lionel Messi dan Fernandez.

Bagaimanapun, Ziko enggan mengiktiraf kebangkitan lawan sepenuhnya.

"Kami tidak pernah menganggap perlawanan sudah berakhir. Kami tahu kami menentang juara dunia dan antara pasukan pilihan.

"Tetapi jika mereka menang semata-mata atas keupayaan sendiri, perasaan kami tentu berbeza," katanya. -AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-7-2026 12:44 PM
memang babi lah dah gol baru nak check VAR
Quote stingerkentot 8-7-2026 08:54 PM
Rigged..

[twitter]https://twitter.com/kasparov63/status/2074556758756921706?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/bob_cart124/status/2074760591760093437?s=61[/twitter]
Quote alesandra 8-7-2026 08:55 PM
Iran tersenyum sinis
Quote stingerkentot 8-7-2026 09:21 PM
Zion proxy!!


[twitter]https://twitter.com/doctor_rahmeh/status/2074796778008834355?s=61[/twitter]
Quote delia3003 8-7-2026 09:52 PM
Edited by delia3003 at 8-7-2026 09:53 PM

Boo Argentina. Semoga tak masuk final, kalau masuk final pun semoga kalah.

I takde fav team, asalkan bukan Argentina
Quote cmf_jeangrey 8-7-2026 09:58 PM
Nak pastikan darling FIFA masuk final
Corrupt top bottom selayaknya dicaruti
Quote stingerkentot 8-7-2026 10:26 PM
Final: France-Argentina... kahkahkah....satu dunia kena "game" dgn ZIOfifa
[twitter]https://twitter.com/antunes1/status/2074607805571428806?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/newsweek/status/2074752756410192303?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046876 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top