CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak ada undang-undang mengatakan pilihan raya boleh bebaskan sesiapa' - Azalina Othman

7-7-2026 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 189| Komen: 2

 



PUTRAJAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dijadikan saluran untuk membebaskan mana-mana individu yang sedang menjalani hukuman, tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau menegaskan, dakwaan kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya mampu membawa kepada pembebasan mana-mana individu adalah tidak berasas kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang yang membenarkan perkara itu.

"Mana ada. Tak ada undang-undang mengatakan pilihan raya boleh membebaskan sesiapa.

"Yang berlaku hari ini (pengampunan) ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong, seperti saya. Tak ada kena mengena dengan politik," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSS) 2026 di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan serta naratif yang dimainkan segelintir pihak pada kempen PRN Johor yang berlangsung ketika ini.

Azalina berkata, kerangka perundangan negara ketika ini lebih tertumpu kepada tindakan terhadap pelaku jenayah menerusi undang-undang seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, manakala aspek perlindungan kepada mangsa masih memerlukan penelitian.


"Macam UK (United Kingdom) dengan Australia, apabila mangsa jenayah penipuan dalam talian, bank-bank yang terbabit akan pulangkan balik duit mangsa manakala negara kita belum (ada mekanisme berkenaan).

"Jadi dalam kajian ini kita nak tengok (mekanisme di) beberapa negara, apa jenis hukuman ataupun jenis elemen kepada mangsa.

"Yang banyak ada sekarang ini undang-undang kita ni menghukum kepada pelaku. Undang-undang kita banyak kepada pelaku. (Untuk) Mangsa tak ada apa kecuali dia buat laporan lepas itu kadang-kadang duit pun tak dapat balik dan itu yang kita nak kaji semula elemen ini," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 7-7-2026 05:10 PM
berapa dah umur dia ni nampak tua dah
Quote manopBKK 7-7-2026 11:41 PM
Bila Umngok bersandiwarak...

[twitter]https://twitter.com/nazril_iznil/status/2074109616515113335?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.029975 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top