CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar cedera diserang di sebuah sekolah di Banting: Mangsa dipercayai ditikam belasan kali

6-7-2026 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 390| Komen: 10

 


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Banting yang menjadi mangsa serangan hingga cedera, dipercayai ditikam belasan kali oleh suspek menggunakan senjata tajam.

Sumber memberitahu, akibat serangan itu mangsa mengalami kecederaan pada belakang badan dan bahu.

Katanya, suspek yang berusia 15 tahun itu adalah pelajar sekolah sama dan dilaporkan tidak pernah hadir sejak beberapa bulan lalu serta dikatakan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Menurutnya, suspek yang memakai kemeja T berwarna hitam dan berseluar kotak merah memasuki kawasan sekolah menerusi pintu masuk utama. 

Namun butiran lengkap mengenai bagaimana kejadian berlaku masih belum dapat diketahui.

Sumber memberitahu, selepas kejadian tikaman itu, suspek ditenangkan oleh guru di kawasan tepi surau sekolah.


Pada masa sama, pihak sekolah menghubungi polis sebelum suspek ditahan. Polis turut merampas senjata berupa pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

Pada masa ini motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, mengesahkan kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian dalam masa terdekat.

Sementara itu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau.

Rakaman sama turut menunjukkan beberapa pelajar bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai suspek adalah bekas pelajar sekolah berkenaan yang telah dibuang dan ingin membalas dendam.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote areyam 6-7-2026 02:52 PM
perghhh macam dalam movie..... dasyat weiii
Quote KamikuP 6-7-2026 03:42 PM
Kat medsos thread depa bagitau yg budak ni selalu kene buli. Pastu dia datang sekolah carik budak yg buli dia dan cikgu disiplin.. EE takutnya.. pompuan lak tu..
Quote ClaudebHenryj 6-7-2026 03:43 PM
This is a deeply disturbing incident, and I hope the injured student makes a full and speedy recovery. Situations like this remind us how important it is for schools to have strong safety measures and accessible mental health support for students who may be struggling. My thoughts are with everyone affected by this event. On a different note, when I'm looking to unwind after reading the news, I sometimes visit https://points-bet.org/ for a change of pace.
Quote prince_marhaen 7-7-2026 07:41 AM
Edited by prince_marhaen at 6-7-2026 01:56 PM

based on bacaan beberapa threads & cerita netizen di beberapa media sosial semalam ;
suspek ni ;
  • - mangsa buli
  • - pernah bergaduh dengan mangsa (pembuli gemok)
  • - tapi dia yang kena tindakan oleh cikgu disiplin
  • - dia kena gantung sekolah
  • - pembuli gemok yang kena tikam tu takde kena apa-apa action
  • - pembuli gemok keep mocking her
  • - frust, dia pernah cuba attempt $u!c!de, tapi berjaya dihalang, lompat bangunan tak mati
  • - lepas recover kecederaan dia datang sekolah tu..and yeahhh...THE GLORY~~~

p/s : aku tak support 100% apa yang suspect buat, tapi aku 100000000x benci dengan pembuli.. and you reap what you sow.. so, yeah...things like this happened.
Quote midori888 7-7-2026 07:47 AM
prince_marhaen replied at 7-7-2026 07:41 AM
based on bacaan beberapa threads & cerita netizen di beberapa media sosial semalam ;
suspek ni ;
- m ...

oic...mmg dia im pembuli dia lah yer, bukan budak innocent yg tak sempat lari...
Quote prince_marhaen 7-7-2026 07:55 AM
midori888 replied at 6-7-2026 01:47 PM
oic...mmg dia im pembuli dia lah yer, bukan budak innocent yg tak sempat lari...

macam gitulah hasil CSI kat threads smlm, ada 1 video dia memang kejar budak tu je (mangsa/pembuli), takde kacau yang lain, satu lagi video yang dia stylo jalan pegang pisau tu tengah cari cikgu disiplin katanya..
Quote reenz013 7-7-2026 07:58 AM
prince_marhaen replied at 7-7-2026 07:41 AM
based on bacaan beberapa threads & cerita netizen di beberapa media sosial semalam ;
suspek ni ;

x silap suspek ni digantung sekolah..bkn pembuli...aku bc kt threads gak mcm ada cite disebaliknya...kita tggujelah
Quote midori888 7-7-2026 08:00 AM
prince_marhaen replied at 7-7-2026 07:55 AM
macam gitulah hasil CSI kat threads smlm, ada 1 video dia memang kejar budak tu je (mangsa/pembuli ...

apalah pembuli tu buat kat dia smp dia nak bunuh diri terjun bangunan....mmg selayaknya ditikam pembuli mcm tu...
Quote prince_marhaen 7-7-2026 08:01 AM
reenz013 replied at 6-7-2026 01:58 PM
x silap suspek ni digantung sekolah..bkn pembuli...aku bc kt threads gak mcm ada cite disebaliknya ...

ya, baca smlm katanya suspek ni yang kena gantung, bukan pembuli/mangsa tikam tu... tu yang dia meletop kot..
Quote prettyuglybabe 7-7-2026 11:14 AM
kalau betul yang kena tikam tu pembuli, selayaknya la..
bukan support keganasan..
but apa kau buat, mesti ada akibat..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055189 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top