CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Pertama Kali Luahkan, Vida Sangat Terkejut” – Fazley, DSV Sah Bercinta

6-7-2026 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2510| Komen: 43

 


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberitahu dia nekad untuk meluahkan perasaan terhadap usahawan Datuk Seri Vida pada bulan lalu.

Menerusi sesi siaran langsung, Fazley berkata Vida terkejut dengan luahan perasaannya itu dan dia turut memberitahu mengenai niatnya.

“Sebagai seorang lelaki, mestilah saya yang mula luahkan dulu. Masa pertama kali saya luahkan, ketika itu sangat Vida terkejut sehingga terdiam dan termenung lama. Hari yang saya luahkan itu merupakan hari yang sangat besar, bersejarah dalam kalendar Islam dan saya pilih pun bersebab.

“Saya datang kepada Vida dan hanya kami berdua di ruang tamu. Waktu itu sedang hujan dan hari yang terbaik sebelum saya luahkan niat serta hala tuju,” katanya.

Sementara itu, Fazley berkata dia gementar untuk mendengar respon daripada Vida namun lega dengan jawapan diberikan.

“Saya risau juga dia tidak berminat tetapi jawapannya sangat hebat, biarlah saya simpan dalam hati. Keikhlasan dalam hubungan kami berdua yang membawa ke hari ini. Pada saya, kalau ada niat yang baik, kena lafazkan,” katanya.

Dalam pada itu, berkenaan memanggil Vida dengan gelaran sayang, Fazley berkata ianya dengan niat ikhlas dan bukan konten semata-mata. 

“Saya yang terlebih dahulu terpanggil Vida dengan gelaran sayang, mulanya memang tersasul. Panggilan sayang itu bukan konten tetapi datang dari hati. Saya tak boleh panggil Vida dengan nama lain, kejujuran sangat penting,” katanya.
 

Sumber: HibGlam


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote goldden 6-7-2026 11:44 AM
menggelikannnnn
Quote kmbg 6-7-2026 12:42 PM
Ei ni mmg jantan menggelikan..bukak mulut je rasa geli, dulu dgn ex wife adik syg la apa..jenis mcm kuat berangan kalau bercakap..tahla tok bida nak ke tak
Quote patchipink 6-7-2026 01:09 PM
Geli oii
Quote kaoru44 6-7-2026 01:24 PM
erkk..buka gimik semata la? moga ke jinjang pelamin la masing2 pun bukan muda lg
Quote kikuri 6-7-2026 02:05 PM
seghabuk sungguh.... kawen terus jelah senang
Quote scha1008 6-7-2026 02:19 PM
Geli weiii tambah lak nampak propa je dua2 ni demi marketing, jadi double geli…uweekkkkk
Quote prince_marhaen 6-7-2026 02:22 PM
Nonok bottom berhias ni nak gunakan tokbida untuk content je kan... takkan lah nanti sama2 nak berebut bersiap pagi2 kan..
Quote pasubungaa 6-7-2026 03:02 PM
dato vida ni baik je, tapi sure ke si fazley ni? jgn nk memain
Quote maharani_gebu 6-7-2026 03:28 PM
ayat-ayat dia sangat mematikan....
Quote BungaKencana 6-7-2026 03:32 PM
eeeiii
Quote epysha 6-7-2026 04:03 PM
tokbida tak letih ke?
Quote putribonda 6-7-2026 04:12 PM
DSV pls run.
dia nak duit engko je tuh agaknyaaa
Quote awekjepun 6-7-2026 04:16 PM
Adakah ini kekasih upahan tok vida demi content. Sama2 dpt manfaat. Diorg nk buat fenomena mcm BASS kot.
Quote mrsLucky 6-7-2026 04:29 PM
serious ker ni?
Quote swateng1 6-7-2026 05:14 PM
ko dah takde duit kan pazli
Quote kuyu 6-7-2026 05:21 PM
Rasa mcm fake.. mcm nak benefit je, DSV tak yahlah..  focus pd anak2, business n hari tua..
Quote CurangLagi 6-7-2026 05:38 PM
iols rasa kontent ja. tp lately DSV sgt simple ja d kaca skrin hahaa
Quote katnissE 6-7-2026 05:48 PM
omaigod

Tengok tokbida malu-malu behave tu pun menggelikan
Tengok fokpazli lagi geli

Quote noor2 6-7-2026 06:25 PM
Moga cepat nikah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.076816 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top