CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki, perempuan ‘sama naik’ bernikah di Siam, proses pernikahan dianggap lebih mudah dan cepat

6-7-2026 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 224| Komen: 3

  

 


BUKIT KAYU HITAM – Thailand terus menjadi destinasi pi­lihan wanita Malaysia yang i­ngin berkahwin dengan warga asing kerana proses pernikahan di negara jiran itu dianggap lebih mudah dan cepat.

Seorang ejen nikah Siam yang mahu dikenali sebagai Rudi ber­kata, hampir setiap minggu terdapat pasangan rakyat tempatan dan warga asing mendapatkan khidmatnya untuk me­nguruskan perkahwinan mereka di negara jiran.

Katanya, kebanyakan wanita tempatan memilih lelaki warga Pakistan atau Bangladesh untuk dijadikan suami, manakala lelaki Malaysia pula bernikah dengan wanita Indonesia.

“Mereka memilih bernikah di Thailand kerana urusan dokumentasi dan syarat perkahwinan lebih mudah berbanding di Malaysia. Boleh dikatakan terdapat satu atau dua pasangan pengantin yang bernikah di Siam setiap minggu.

“Jika di Malaysia, urusan dokumentasi agak rumit memandang­kan mereka perlu mendapatkan pengesahan dan dokumen dari negara asal (pasangan),” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Menurut Rudi, kebanyakan wanita tempatan yang bernikah warga asing berusia 40 tahun ke atas dan majoriti mereka adalah ibu tunggal, manakala lelaki a­sing pula kebanyakannya berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

“Rata-rata mereka sudah lama mengenali pasangan masing-masing kerana warga asing ter­babit sudah berada agak lama di negara ini,” ujarnya.

Rudi berkata, selain faktor dokumentasi, terdapat pasangan yang memilih bernikah di negara jiran kerana mahu berpoligami atau berdepan masalah berkaitan wali.

Walau bagaimanapun, Rudi tidak me­nerima pasangan yang gagal mengemukakan dokumen lengkap kerana boleh menimbulkan masalah ketika proses pendaftaran perkahwinan di Malaysia kelak.

Katanya, pakej perkahwinan di Thailand yang ditawarkan ketika ini adalah RM2,000 termasuk urusan dokumentasi dan pengesahan.

Rudi juga tidak menolak kemungkinan terdapat warga asing yang mahu berkahwin dengan wanita tempatan bagi memudahkan urusan perniagaan, penyewaan premis atau pembukaan akaun bank di negara ini.

“Bukan semua begitu, tetapi memang ada kes warga asing mencari pasangan orang tempatan untuk menggunakan nama dalam urusan perniagaan,” katanya.

Seorang lagi ejen perkahwinan, Mohd. Zaidi Desa berkata, sejak dua tahun lalu, bilangan wanita tempatan yang mendapatkan maklumat untuk berkahwin dengan warga asing terutama Pakistan dan Bangladesh makin bertambah.

Katanya, dia kerap menerima pertanyaan daripada wanita tempatan yang mahu berkahwin dengan warga asing, namun menolak untuk menguruskan ke­s-kes tertentu yang berisiko me­nimbulkan masalah pada masa akan datang.

“Memang ada wanita tempatan yang bertanyakan mengenai prosedur untuk berkahwin de­ngan warga asing, tetapi saya tidak ambil semua kes.

“Selain Pakistan dan Bangladesh, saya juga pernah menerima pertanyaan daripada wanita Malaysia yang mahu berkahwin dengan lelaki etnik Rohingya. Jadi saya memang tolak dari awal,” katanya.

Menurut Zaidi, perkahwinan melibatkan pelarian, pendatang asing tanpa izin atau individu yang tidak mempunyai dokumen lengkap boleh menimbulkan pelbagai masalah apabila pasangan mahu mendaftarkan perkahwinan di Malaysia kelak.

“Apabila timbul masalah dokumentasi, anak yang lahir hasil perkahwinan itu berisiko berdepan isu kerakyatan dan status diri.

“Sebab itu saya selalu na­sihatkan pasangan supaya menyediakan semua dokumen dan semak status pasangan terlebih dahulu sebelum membuat ­keputusan untuk berkahwin,” ujarnya.

Kosmo! Ahad pada 21 Jun lalu melaporkan sebahagian warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan walaupun le­bih berusia sebagai strategi mudah untuk mendapatkan lesen perniagaan sebelum mengembangkan empayar bisnes mereka di negara ini.

Modus operandi itu menjadi cabaran kepada pihak berkuasa apabila warga asing terbabit berselindung di sebalik nama dan lesen perniagaan milik isteri tempatan menyebabkan tindakan pengesanan dan penguatkuasaan sukar dilaksanakan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-7-2026 04:30 PM
Memang mudah ye ko nak kongkek dengan sah & halal kat sana janji dokumen pengenalan IC/Passport complete, itu je... tapi lepas tu kalau tak register kat sini, tanggunglah susah sampai beranak pinak nanti susah, anak susah nak sekolah, harta, nak tuntut nafkah susah...pastu merayu-rayu meratap sembah mintak bantuan. Ada sebabnya urusan yang sah rumit kat sini sebab nak melindungi hak warganegara & bakal zuriat kau....nak lindung nasab keturunan kau.

Banyak ye kes, bukan kes terpencil, dah kawin kat sana baru tahu adik-beradik (tiri, mak lain-lain, tapi satu bapak kira kandung), ada anak-bapak, ada anak-mak, ada ngan bekas mertua yang tak pernah kenal (ex-laki dia broken home, tak pernah jumpa bapak kandung), janda dia kawin ngan bapak kandung ex-laki dia... yang kawin ngan bangla, pakistan, indon, anak kena bawa lari, ada yang lepas kongkek, dapat lesen meniaga lesen SSM terus lesap.. ni semua punca nikah "SAH" kat sempadan.

Sekian.
Yang menyampah nak layan cerita-cerita sedih "mangsa" bodoh macam ni.
Quote FOTHER-MUCKER 6-7-2026 06:56 PM
Inilah akibatnya salah satunya apabila ahli politik
berpolitik untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk negara.
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2026 07:13 PM
isteri tua merajuk,
balik ke rumah isteri muda,
kalau dua-dua merajuk,
ana kahwin tiga

mesti pandai membohong,
mesti pandai temberang,
tetapi jangan sampai
hai pecah tembelang



[youtube]I4IYZ4psuSM[/youtube]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054221 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top