CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - Anwar Ibrahim

6-7-2026 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 169| Komen: 2

 


MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa DAP tidak pernah mempertikai hak orang Melayu, sekali gus menyangkal naratif pihak tertentu yang cuba menggambarkan parti itu sebagai sebuah pertubuhan perkauman.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sebagai bukti, DAP tidak pernah membantah hasrat beliau untuk mewartakan 20.23 hektar tanah di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu.

Bagaimanapun, kata beliau, sebagai pemimpin Kerajaan Perpaduan, menjadi tanggungjawabnya untuk bersikap adil kepada semua kaum bagi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara bersama.

"Kita buat program (untuk masyarakat) Melayu, bumiputera, tambah peruntukan untuk Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dia (DAP) tak ada masalah.

"Tapi saya kena (juga) jaga supaya program dengan orang Cina tidak dihalang. Orang Cina yang miskin patut dibantu, orang India yang miskin patut dibantu, majoriti Melayu miskin patut dibantu,” katanya pada Program Temu Anwar di sebuah dewan restoran, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, di sebalik kepesatan ekonomi negara ketika ini, hasil keuntungan yang diperoleh perlu diagihkan secara saksama kepada seluruh lapisan masyarakat dan bukannya untuk kepentingan peribadi individu tertentu.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negara harus diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat melalui penyediaan rumah yang selesa, kemudahan asas yang baik serta peningkatan mutu pendidikan.

"Ekonomi sedang meningkat, kita hendak supaya diagihkan dengan adil, pastikan rumah rakyat, gerai, kemudahan asas, mutu pendidikan diperbaiki. 

"Saya nak anak-anak faham, kuasa itu amanah untuk digunakan, bukan untuk memperkaya diri.. Politik bukan untuk memperkaya diri sendiri, Politik adalah untuk memberi khidmat,” katanya.

PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai manakala pengundian awal pada 7 Julai. 

Sumber - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-7-2026 12:19 PM
Edited by B40tastePosh at 6-7-2026 12:24 PM

Apa benda hak Melayu tu?? Melayu dah lama merempat hidup di negara sendiri sebagai modal politik

Termasuk Melayu engko di Medan dan Riau tu hidop merempat . Pendatang lagi berjaya

Mahathir Kutty selalu laungkan nasib Melayu bila dapat kuasa dicercanya Melayu tapi Melayu terpaksa sokong dan redho demi kelangsungan politik Melayu tu je yang Melayu ada politik... Janganlah DAP ambil hak Melayu iaitu politik. Melayu dah miskin banyak larangan juga yang tinggal politik je nak jadi pelacur ke, jadi sakau ke, Lobai ke, jadi penonggang ke...
Quote Decaffeinated 6-7-2026 03:59 PM
Bila keistimewaan berdasarkan warna kulit sewaktu lahir itu didakwa sebagai hak. Otak kalau dah senget memang impossible nak repair kot.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.101205 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top