CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Mexico pulangkan jam Rolex RM4.2 juta elak langgar peraturan pertaruhan

5-7-2026 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 156| Komen: 1

 


Mexico City: Pemain Mexico diarahkan memulangkan jam tangan mewah Rolex bernilai keseluruhan AS$1 juta (RM4.2 juta) yang dihadiahkan oleh YouTuber terkenal Amerika Syarikat, Stephen Deleonardis atau lebih dikenali sebagai SteveWillDoIt.

Jam tangan mewah buatan Switzerland itu diberikan kepada pemain dan jurulatih Javier Aguirre selepas Deleonardis memenangi pertaruhan bernilai AS$2 juta (RM8.4 juta) apabila Mexico menewaskan Ecuador pada pusingan terdahulu.

Laporan menyebut barisan pemain Mexico terkejut dan gembira menerima hadiah berkenaan sehingga mereka mengangkat Deleonardis ke udara sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Persekutuan Bolasepak Mexico mengarahkan semua hadiah berkenaan dipulangkan bagi mengelakkan kemungkinan melanggar peraturan berkaitan pertaruhan.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 5-7-2026 05:47 PM
Bagaimana pula dengan jam tangan omega?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058268 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top