|
Alor Setar: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang yang diterima Kedah kerana kadar sedia ada tidak lagi mencerminkan nilai sewajarnya. Baginda bertitah, bayaran pajakan yang diterima Kerajaan Kedah ketika ini adalah berdasarkan perjanjian yang dimeterai sejak sekian lama dan sewajarnya disemak mengikut kadar semasa selaras dengan semangat serta maksud asal perjanjian berkenaan. "Bayaran pajakan Pulau Pinang yang diterima oleh Kerajaan Beta adalah berasaskan perjanjian yang telah lama dimeterai. "Namun, kadar yang dibayar pada masa ini jauh lebih rendah berbanding nilai yang sewajarnya," titah baginda. Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, di sini, hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta Raja Puan Mudah Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff. Sultan Sallehuddin turut memperingatkan bahawa hak dan kedaulatan Kedah, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hendaklah dihormati oleh semua pihak. Sumber : Harian Metro |
Decaffeinated replied at 5-7-2026 04:11 PM
Pajakan berapa lama?
Kadar bayaran pajakan Pulau Pinang berjumlah RM10,000 setahun serta pemberian sumbangan khas sebanyak RM10 juta setahun yang bermula pada 2018 kepada kerajaan negeri Kedah tidak lagi setimpal dengan nilai semasa.
Pada 2021, kerajaan negeri menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan selepas mendapati ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.
Radzor replied at 6-7-2026 02:06 PM
British pun dah balik. ambik balik je la

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.146776 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.