|
Alor Setar: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan imej serta reputasi Pulau Langkawi. Baginda bertitah, Pulau Langkawi adalah aset strategik negeri Kedah dan negara yang perlu dipelihara serta dibangunkan secara lestari supaya terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri. "Beta mahu pembangunan Pulau Langkawi dibentuk mengikut acuan dan identiti tersendiri, tanpa meniru atau membandingkannya seperti Phuket atau Bali. "Beta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan membuat sebarang tindakan, atau kenyataan yang boleh mencemarkan imej dan reputasi Pulau Langkawi. "Kekuatan sebenar Langkawi terletak pada khazanah alam semula jadi dan warisan unik yang dimilikinya. Justeru, aset berharga ini wajib dipelihara dan dibangunkan secara lestari," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Negeri Kedah Tahun 2026 di Istana Anak Bukit, di sini, hari ini. Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta Raja Puan Mudah Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff. Dalam pada itu, Sultan Sallehuddin mahu Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama dan memastikan tiada sebarang halangan pentadbiran berlaku di negeri ini termasuk dalam menguruskan unsur nadir bumi (REE). Titah baginda, hak dan kuasa negeri untuk mengurus serta meneroka sumber hasil bumi hendaklah dihormati dan dipermudahkan oleh semua pihak. "Amatlah rugi sekiranya perkara ini gagal dilaksanakan hanya disebabkan perbezaan pandangan dan pemahaman politik sehingga membelakangkan hak dan keperluan negeri," titah baginda. Pada masa sama, baginda turut memandang serius kelewatan pelaksanaan, beberapa projek infrastruktur strategik seperti Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit yang masih belum disiapkan sejak sekian lama. Baginda bertitah kelewatan itu mengakibatkan kejadian banjir yang berulang dan menjejaskan penduduk di kawasan terbabit. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041350 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.