CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Singapura bangga isi RON95 sambil tayang pasport

5-7-2026 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki didakwa warga Singapura mengisi petrol RON95 sambil mempamerkan pasport negara itu mengundang kecaman hebat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads oleh @Theblackspice, ia memaparkan individu tersebut mengangkat pasport sebelum kamera dihalakan ke pam minyak Premium 95.

Lebih mengundang perhatian apabila dia menulis kapsyen yag disifatkan sengaja memancing emosi rakyat Malaysia.

“Cara untuk membuat rakyat Malaysia marah sebagai warga Singapura. Langkah pertama, curi petrol mereka,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar peraturan, malah berbangga kerana menyalahgunakan subsidi bahan api yang disediakan untuk rakyat negara ini.

Seorang pengguna Threads, @fries.kimchi menyindir tindakan lelaki itu yang didakwa sanggup mendapatkan petrol bersubsidi di Malaysia kerana tidak mampu membeli bahan api pada harga lebih mahal di negara sendiri.


“Nak tahu bagaimana (untuk) mengenali warga Singapura yang miskin? Langkah pertama, mereka tidak mampu membeli petrol di negara sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Mystqueaurora menggesa pihak berkuasa Singapura menyiasat identiti individu di sebalik akaun berkenaan kerana bimbang tindakannya boleh menjejaskan hubungan baik rakyat kedua-dua negara.

“Boleh pihak Polis Singapura menyiasat siapakah individu di sebalik akaun ini? Perbuatannya hanya mencetuskan ketegangan yang tidak perlu antara rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @Loveqsty_, berkata, dia tidak berasa marah dengan tindakan tersebut, sebaliknya menganggap perbuatan lelaki terbabit hanya memalukan diri sendiri.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya langsung tidak marah sebaliknya bangga kerana apa yang saya lihat hanyalah seseorang dari negara kononnya berkelas dunia pertama sedang mempamerkan kebodohan sendiri dan menunjukkan betapa dia tidak berkemampuan,” katanya. 
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.032354 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top