|
JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kedudukan beliau di kerajaan Persekutuan seperti ‘sandwic’ apabila diapit pemimpin Pakatan Harapan (PH) di sebelah kiri dan kanan. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu bagaimanapun berkata, beliau kekal bersikap profesional kerana sedar kerajaan perpaduan yang telah ditubuhkan dibuat Yang di-Pertuan Agong ketika itu demi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia. Bagaimanapun katanya, situasi di negeri Johor tidak sama apabila kerajaan negeri yang ditubuhkan sebelum ini merupakan kerajaan BN sepenuhnya. “Di Pusat, kedudukan saya seolah-olah sandwic, di kanan saya Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala di sebelah kiri saya adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook. “Mereka sepatutnya berterima kasih kepada BN, kerana walaupun kita hanya menang 30 kerusi Parlimen, mereka berjaya tubuhkan kerajaan dengan bantuan kita, kerana 82 kerusi parlimen yang mereka miliki tidak mencukupi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Anak Tiram di Kota Masai, di sini malam tadi.
Tambah beliau, rakyat perlu faham bahawa di peringkat pusat, BN merupakan sebahagian daripada kerajaan yang mentadbir negara, manakala di Johor, kerajaan negeri merupakan kerajaan BN. “Sehubungan itu, dakwaan pihak sebelah sana bahawa rakyat negeri ini perlu memilih kerajaan yang selari dengan peringkat persekutuan tidak terpakai, kerana BN adalah sebahagian kerajaan si pusat,” katanya. Sementara itu, beliau turut mengulas tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengkritiknya selepas dikenakan tindakan disiplin sehingga buang parti, tiga tahun lalu. “KJ (Khairy Jamaluddin) nervous nak berucap dan berkongsi pentas dengan saya malam ini, dia gugup kerana tahu pernah buat salah. Tetapi pemimpin berjiwa besar tidak akan pernah tinggalkan parti. Saya juga akui mungkin saya ada kesilapan. “Walaupun orang tidak melihat saya bercium mulut dengan KJ, tetapi hati kami bersatu kembali kerana perjuangan UMNO, perjuangan BN. Bukan senang terima, apa yang KJ tidak pernah kata kepada saya, tetapi saya maafkan sepenuhnya apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan beliau,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |


zuuu replied at 5-7-2026 11:46 AM
Menyampah aq dengar ucapan kj smlam,moga kalah teruk masuk kubur terus prn kali ni
axl_bach replied at 4-7-2026 09:00 PM
“Walaupun orang tidak melihat saya bercium mulut dengan KJ.......
Gilalah wak oiiii
Decaffeinated replied at 5-7-2026 04:27 PM
sesuai dengan tema
untuk jadi sandwich kena threesome
plywood replied at 5-7-2026 01:49 PM
yang inikah...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061016 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.