CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

110 orang disahkan kanser setiap hari - Institut Kanser Negara (IKN)

4-7-2026 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 589| Komen: 20

 


PUTRAJAYA – Kadar kesihatan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila data me­nun­jukkan 110 orang di­diagnos menghidap pelbagai jenis kanser sehari dengan wanita dilaporkan sebagai gender paling tinggi dijangkiti barah membu­nuh.

Antara kanser yang paling banyak dan kerap dihidapi termasuk payudara, kolorektal (usus besar dan rektum) prostat, paru-paru serta rahim.

Institut Kanser Negara (IKN) mendedahkan, dapatan itu diperoleh melalui data terkini yang dikumpul oleh Registri Kanser Kebangsaan Malaysia dengan 18,240 kes baharu lelaki menghidap kanser kolorektal, paru-paru dan prostat pada 2024.

Katanya, dalam kalangan wanita pula, sebanyak 21,958 kes kanser baharu dilaporkan pada tahun sama dengan tiga kanser utama melibatkan payudara, kolorektal dan rahim.

Difahamkan, jumlah itu menjadi 110 kes sehari jika dicampurkan untuk mendapatkan jumlah sepanjang tahun.


“Daripada segi kematian pula, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kanser merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia pada tahun 2024, dengan 19,180 kematian direkodkan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tiga kanser utama yang me­nyumbang kepada kematian akibat kanser melibatkan paru-paru, kolorektal dan payudara.

Menurut IKN, bagi kadar ke­langsungan hidup (survival rate) pula, kajian Jabatan Registri Kanser Kebangsaan mendapati secara keseluruhan 55 peratus wanita yang didiagnosis dengan kanser masih hidup selepas lima tahun diagnosa.

“41 peratus lelaki yang didiagnosis dengan kanser pula masih hidup selepas lima tahun diagnosa.

“Bagi sesetengah kanser se­perti payudara, kadar kelangsungan hidup boleh meningkat secara ketara sekiranya kanser dikesan di peringkat awal dan menerima rawatan lengkap,” katanya.

Menurut IKN, kajian survival dilaksanakan dalam kalangan pesakit IKN turut mendapati mereka menerima rawatan me­nunjukkan kadar survival lebih baik terutama apabila dikesan pada peringkat awal.

“Sebagai contoh, bagi pesakit kanser payudara yang dikesan pada Tahap 1 dan Tahap 2, kadar kelangsungan hidup lima tahun boleh mencapai sehingga 98 pe­ratus.

“Ini membuktikan bahawa pengesanan awal dan akses kepada rawatan yang berkualiti memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh dan meneruskan kehidupan secara produktif,” katanya.

Mengulas lanjut, IKN berkata, kanser merupakan penyakit yang berpunca daripada pelbagai faktor dan bukan disebabkan oleh satu faktor tunggal.

“Antara faktor risiko utama kanser termasuk peningkatan usia selain tabiat merokok yang merupakan faktor utama bagi kanser paru-paru dan beberapa jenis kanser lain.

“Selain itu, pemakanan tidak sihat termasuk pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan makanan diproses secara berlebihan turut berisiko menghidapi penyakit itu,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai rawatan untuk pesakit kanser, IKN berkata, prosesnya melibatkan rawatan sistemik meliputi ubatan seperti kemote­rapi dan terapi sasaran selain radioterapi.

“Sebagai contoh, bagi sistemik terapi, rawatan tidak hanya bergantung kepada suntikan atau kemoterapi, sebaliknya ubatan yang bersifat ‘targeted’ yang mampu merawat kanser dengan bertindak kepada sifat khusus penyakit seperti EGFR mutation positive untuk kanser paru-paru tahap 4.

“Ia mampu memanjangkan jangka hayat pesakit dan tidak lagi perlu bergantung kepada suntikan memandangkan ubatan ini dalam bentuk tablet,” katanya.

Bagaimanapun, jelas IKN, mesej paling penting ialah kan­ser tidak semestinya membawa maut yang mana banyak jenis kanser mempunyai peluang rawatan dan kelangsungan hidup yang tinggi sekiranya dikesan awal.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang guru, Nurulhuda Mohd. Hasim, 42, bersikap positif dan sentiasa tersenyum walaupun sedang bertarung melawan lima kanser tahap akhir iaitu pa­yudara, tulang rusuk, hati, paru-paru serta keabnormalan di bahagian otak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 4-7-2026 05:10 PM
Edited by hart_attack at 4-7-2026 05:13 PM

Ramai tu 110 org

Adakah blood pressure, makud iols basic cekup klinik kita x de masalah kita sihat?
Quote axl_bach 4-7-2026 05:42 PM
Ni mesti kes doktor malas nk check for maikoplasma ni, terus chop kanser tahap 4 dgn distance metastasis ni..... Padahal bleh rawat dgn Habbatus Sauda' cukup, x payah jumpa Al Harith bin Kaladah pun.....
Quote axl_bach 4-7-2026 05:44 PM
Ataupun ni mesti salah Beksin Kobid.... Sbb tu byk kes kanser sbb ada bayowepen.....
Quote silance 4-7-2026 05:56 PM
Dari 110 tu, rongrong berapa worangs?
Quote kakikuDibibirmu 4-7-2026 07:00 PM
Sebab banyak sangat makan belacan
Quote ninja boy 5-7-2026 02:24 AM
Jurujual goreng pisang bubuh plastic dlm minyak juga pakai minyak 100x goreng
Quote ninja boy 5-7-2026 02:29 AM
Sayur dlm pasaran beracun kena basuh perah limau glo garam bikarbonat, tembikai dicucuk pewarna dan gula, nanas pisang betik mangga dicelup karbaid
Quote zuuu 5-7-2026 11:48 AM
Moga allah lindungi kita semua
Quote plywood 5-7-2026 05:58 PM
ninja boy replied at 5-7-2026 02:29 AM
Sayur dlm pasaran beracun kena basuh perah limau glo garam bikarbonat, tembikai dicucuk pewarna dan  ...

Matilah...
Quote midori888 6-7-2026 08:18 AM
zaman dulu jarang2 dgr org kena kanser, tapi skrg nie lebih kerap, yg sini kanser, yg sana pun kanser...
Quote axl_bach 6-7-2026 08:28 AM
midori888 replied at 6-7-2026 08:18 AM
zaman dulu jarang2 dgr org kena kanser, tapi skrg nie lebih kerap, yg sini kanser, yg sana pun kanse ...

Sbb dulu xder Beksin Kobid dgn bayowepen Maikoplasma....
Quote midori888 6-7-2026 09:05 AM
axl_bach replied at 6-7-2026 08:28 AM
Sbb dulu xder Beksin Kobid dgn bayowepen Maikoplasma....

zaman sebelum kobid dah kerap dah...dulu ada 2 org our offshore team kena nose cancer...salah sorang meols sempat jumpa masa dia dtg ofis, dia ckp dia boleh naik offshore next hitch...happy meols dgr dia dah sihat dan boleh kerja mcm biasa...tapi sayang tak smp setahun kot, relapsed dan meninggal.
Quote axl_bach 6-7-2026 09:28 AM
midori888 replied at 6-7-2026 09:05 AM
zaman sebelum kobid dah kerap dah...dulu ada 2 org our offshore team kena nose cancer...salah sora ...

Mmglah kanser ni dh ada sblom kobid lg.... Tu aku sarkastik sbb ada hanat antivaxx dlm porem ni dok jaja semua kematian sbb beksin kobid dan sbb jangkitan Maikoplasma yg katanya cukup dgn ambil Habbatus Sauda sbg ubat....

Pala hangguk dia Habbatus Sauda tu ubat semua jenis penyakit..... Nabi punya hadith byk ckp pasal cara berubat yg berbeza, bukan asal sahabat dtg jumpa Nabi suruh ambil Habbatus Sauda....
Quote midori888 6-7-2026 10:16 AM
axl_bach replied at 6-7-2026 09:28 AM
Mmglah kanser ni dh ada sblom kobid lg.... Tu aku sarkastik sbb ada hanat antivaxx dlm porem ni do ...

kehkehkeh....rajin cuols melayan dia....hahha...


Quote Dalcott 6-7-2026 11:20 AM
mmg makin byk. tgk balik cara pemakanan kite. smg kite semua dihindari penyakit merbahaya ni
Quote IzzahF 6-7-2026 11:48 AM
ninja boy replied at 5-7-2026 02:29 AM
Sayur dlm pasaran beracun kena basuh perah limau glo garam bikarbonat, tembikai dicucuk pewarna dan  ...

ini btl..org igt makan buah & sayur sihat duk melantak sayur byk2 walhal byk pesticides
Quote IzzahF 6-7-2026 11:50 AM
axl_bach replied at 4-7-2026 05:42 PM
Ni mesti kes doktor malas nk check for maikoplasma ni, terus chop kanser tahap 4 dgn distance metast ...

ai terbaca kat pesbuk ke ig tah..yg pasal kat europe pesakit kanser dorang buat treatment dgn IVM dgn pemantauan dokter. ada malaysian juga yg komen sbg pesakit kanser dan kawan kanser guna IVM...lebih memberangsangkan berbanding she buat chemo
Quote Minami2013 6-7-2026 12:05 PM
Scary nya data ni. Tp melihatkan makanan viral dan ada satu finding dna manusia ada plastik.. tak mustahil la
Quote Decaffeinated 6-7-2026 04:09 PM
zuuu replied at 5-7-2026 11:48 AM
Moga allah lindungi kita semua

Penyakit pun Allah yang turunkan, patut bagi kat siapa?



Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top