CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johor bukti boleh jadi nombor satu tanpa ‘tunduk’ pada DAP – KJ

4-7-2026 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 185| Komen: 1

 


KOTA TINGGI – Kejayaan Johor melonjak sebagai negeri nombor satu membuktikan keberkesanan formula Barisan Nasional (BN) bergerak solo yang mempunyai kebebasan mutlak mentadbir tanpa perlu ‘tunduk’ kepada DAP dan parti lain.

​Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, model pentadbiran tanpa sebarang penggabungan politik politik itu membolehkan keputusan negeri dibuat secara terus demi kepentingan rakyat tanpa perlu membuang masa.

“Bukan riak, bukan takbur, tapi ini yang rakyat nak. Rakyat bagi tahu kita tak payah bergabung. Jangan buang masa. Tengok Johor, jadi negeri nombor satu kerana tak payah bergabung.

“Buat keputusan tak payah tanya DAP, tak payah tanya PH, tak payah tanya Amanah, tak payah tanya PKR. Jalan ke hadapan. Itu saja,” katanya ketika berucap pada Program Sembang Santai Bersama Orang Muda di Taman Kota Jaya semalam.

​Khairy berkata, ketegasan ‘formula Johor’ yang dicetuskan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu perlu dijadikan ujian penting bagi memberi keyakinan kepada jentera parti di negeri lain.

​Katanya, sekiranya formula solo ini terbukti mencapai kemenangan yang cemerlang di Johor, negeri seperti Negeri Sembilan tidak perlu lagi membuang masa mencari formula kerjasama dengan parti lain.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan tempoh hampir lapan tahun sejak BN kehilangan kuasa memberi ruang kepada parti itu menilai semula kelemahan sendiri sebelum kembali menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 6-7-2026 09:45 PM
[twitter]https://twitter.com/kyaryhime/status/2073733996845174968?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/f4kr0ls00d/status/2074069913359233060?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.046131 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top