CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Rasa Tak Hidup Lama, Saya Dah Tak Kejar Dunia” - Sharifah Zarina

4-7-2026 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 367| Komen: 2

 


Penyanyi Sharifah Zarina berkata dirinya lebih tenang kerana masanya lebih banyak diisi dengan menghadiri kelas agama serta mendekatkan diri dengan agama.

Memetik Astro Gempak, Zarina berkata dia kini banyak waktu terluang apatah lagi anak sudah meningkat dewasa dan tidak lagi mengejar dunia.

Tambah Zarina lagi, dia juga tidak lagi mengejar perhatian di media sosial kerana baginya tiada apa untuk dikongsikan kepada umum.

“Mungkin sebab sekarang ni masa dah banyak terluang. Saya boleh pergi kelas agama, banyak kali pergi umrah. Malam tadi (Isnin) pun baru balik dari mengerjakan umrah dan saya baru balik haji.

“Saya rasa ketenangan itu luar biasa sebenarnya. Bukan nak cakap sebab ada duit boleh pergi. Kadang-kadang saya pun fikir, cukup ke duit nak pergi? Tapi Allah izinkan.

“Ketenangan yang rasakan ketika ini lain. Saya dah tak mengejar dunia ni sangat dah. Media sosial pun kadang-kadang saya rasa macam tak ada apa benda nak post,” katanya.


Sementara itu, Zarina berkata lagi dia sering memikirkan tentang kematian dan disebabkan itu dia tidak lagu mengejar hal dunia.

“Mungkin umur tak panjang, kita tak tahu. Wallahuaklam. Saya selalu fikir mungkin umur saya ni tak panjang mana. Saya selalu cakap dengan orang, saya rasa saya tak hidup lama.

“Kadang-kadang orang tanya kenapa cakap macam tu. Tak tahulah tapi dia ada rasa sendiri. Sebab tu saya dah tak kejar dunia dah. Saya tak tahu macam mana nak cakap,” katanya.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-7-2026 07:47 AM
sorang lagi retis tua one hit wonder yang suka attention kat social media... macam tak sync dengan apa lifestyle kau yang biar anak bebas siap teman gi dating & match matchkan dengan jantan masa budak tu underage dulu.. hahahahaha
Quote fifie_olin 7-7-2026 08:31 AM
dia ada belakon skg kat astrok

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044349 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top