CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kami Buat Dengan Penuh Keikhlasan” – Kekasih Noor Nabila Jual Mee Kari RM15.90 Semangkuk

4-7-2026 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2636| Komen: 41

 


Kekasih kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman kini tampil menjual Mee Kari hasil air tangannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera berkongsikan Mee Kari tersebut dihidangkan dengan pelbagai bahan lengkap.


Kongsinya lagi, hidangan tersebut turut disediakan dengan penuh teliti serta keikhlasan untuk para pelanggan.

“Ada resipi yang sekadar mengenyangkan, ada juga yang menghidupkan kembali kenangan. Semangkuk kuah kari yang pekat dan penuh aroma, dimasak perlahan dengan penuh teliti. Dihidangkan bersama ayam yang disiat halus dan tauhu yang menyerap setiap titis kelazatan, disempurnakan dengan kasih sayang dalam setiap penyediaan.

“Tiada jalan pintas. Tiada kompromi. Hanya semangkuk mee kari yang kami hasilkan dengan penuh keikhlasan, seperti yang kami percaya ia sepatutnya dinikmati,” tulisnya.

Difahamkan, Mee Kari Bang Meer dijual pada harga RM15.90 dan mereka yang mahu membeli boleh dapatkan di secara pre-order. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 4-7-2026 04:36 PM
camtu je isi dia?????  hahahaha…  belajar dari bakal mak mertua ke…
Quote fattymah 4-7-2026 05:40 PM
Nanti kawan iols yg tak berapa reti berjimat tu beli la.. tuwe² pun fomo..
Quote NuansaBiru 4-7-2026 06:02 PM
Sangat AI bunyi ayat2nya. Kalu ayat promo pun harap AI, masakannya pun harus2 lah air tangan BI (bibik indon)   
Quote Shayang 4-7-2026 07:18 PM
Aciko porem wajib beli
Artis masak apa pun sedap
Quote apedehal 4-7-2026 08:17 PM
Mknn2 yg sndiri boleh masak ni better la masak sndiri lg puas hati sedap tjamin bersih..lain la kalau ko jual fud yg rare or org jarang makan baru la boleh fomo..tafaham aku org mesia ni
Quote MsIda 4-7-2026 09:00 PM
Doesn't look appetizing
Quote LembingDayanti 4-7-2026 10:08 PM
nabilah ni nak apa ya dalam hidup dia? tergamak jadikan bewak sebagai laki she ols. dgn tak kerja nya. aiyooo teringin nak dgr ulasan nenassss!!!
Quote doubleA 4-7-2026 10:16 PM
Wow MO family kardeshekelantan. Tebal sungguh kulit muka deme ni ya takda rasa merendah diri langsung. Nampak tak menyelerakan pun
Quote kruzaman 5-7-2026 09:37 PM
Kat google mungkin ramai yang cari mee kari sebab lebih 95% pengguna internet berdaftar di Malaysia guna google untuk cari sesuatu. Nak tahu macam mana berada dalam kelompok mereka yang mencari baca sini pakar seo malaysia
Quote DARSITA 6-7-2026 03:05 AM

Food presentation out!

Tengok pun tak selera ... kot rega 15++ letak la sebijik terus, dua tiga keping timun hiris, udang besar dua tiga ekor, ada limau kasturi .. tak berseri langsung.
Quote ninja boy 6-7-2026 03:12 AM
Mee curry tempat ai ni mangkuk besar dlm dia ada byk ayam daging tauhu meatball sayur telur, org biasa suka lauk2 byk dlm tu, mee bubuh sikit pun x pe
Quote Kuin-Kepam 6-7-2026 03:49 AM
Gigih kemain ye hias diri ko dari head to toe baju, pakai jam rega beratus ribu ujung2 ko mampo sauk mamat level abang askar wataniah kem Port Dickson je ker? But think again...sesuai la kan dgn puak2 mandi lanjey mulot serupo air busok Sg Golok geng ko tu kan..

Quote honeybee1802 6-7-2026 06:05 AM
Hebat...lom bernikoh lg dah ikut jejak langkah bakal mak mertua...
Quote adeqbun 6-7-2026 07:49 AM
kuah mcm 'bantat'je..xnmpk pecah myk..kesian sgt sape yg beli..
Quote zuriey 6-7-2026 08:45 AM
Kuah nya nampak "berat" dan terlalu pekat.
Patutnya kena tapis baru npk cantik
Sayur takat taugeh dan kucai sejemput mcm bulu ari2 kak nab..
Yg color coklat tu tahi apakah? Sambal ke? Mee kari ada sambal mehhh?
Quote goldden 6-7-2026 08:55 AM
mee kari plg sedap kat rnr ulu bernam . rm7 kot semangkuk den lupa pulak. isi kerang+ayam+fishball/cake
Quote KamikuP 6-7-2026 10:36 AM
Nnti menderu influenza yg akan beli sebab nak buat konten sambil meraih gift.. cuolls tengok le nanti..buduh punya influenza
Quote kucingitam 6-7-2026 05:05 PM
goldden replied at 6-7-2026 08:55 AM
mee kari plg sedap kat rnr ulu bernam . rm7 kot semangkuk den lupa pulak. isi kerang+ayam+fishball/c ...

mee kari Zul
Quote goldden 6-7-2026 05:09 PM

haaa betul. sedapkan mee kari kat situ

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055807 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top