|
PETALING JAYA – Pas menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN) dan PH.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu antara hasil Mesyuarat Khas Pas Pusat yang berlangsung sempena PRN Johor hari ini. Menurutnya, Pas juga mengajak supaya mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri Johor. “Seterusnya, Pas menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi yang ditandingi. Pas menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan Jom Jaga Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, Pas juga menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Apoo replied at 30-6-2026 05:46 PM
Dia tahu klu bertanding, for sure akan kalah. So nak tutup aib, minta penyokong undi bn. Klu bn mena ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051290 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.