CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua rakyat Malaysia cedera terkena bom Tak Bai mohon rawatan di Kelantan

30-6-2026 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 279| Komen: 1

 



NARATHIWAT, THAILAND – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, di sini hari ini memohon untuk mendapatkan rawatan di Kelantan.

Kedua-dua mangsa, Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, memaklumkan hasrat mereka ketika menerima kunjungan Penolong Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Rusdi Mali petang tadi.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, dua lelaki itu sedang menerima rawatan di Hospital Ratchanakarin, Narathiwat di sini.

“Kami bekerjasama dengan Hospital Sungai Golok yang berfungsi sebagai pusat penghubung, untuk memindahkan mereka ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu di Kelantan.

“Bekemungkinan pagi esok (pemindahan kedua-dua mangsa ke Kelantan),” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas SUV jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Tak Bai hari ini.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Daerah Tak Bai untuk menerima rawatan dan letupan itu turut mengakibatkan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 30-6-2026 05:25 PM
2 dari kanan tu; jenguk ape bang?
moncong2 mulut


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.074570 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top