CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN Johor: Saya bukan pemimpin rasis, saya pemimpin untuk semua – Onn Hafiz

30-6-2026 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 349| Komen: 4

 


JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau bukan seorang pemimpin bersifat rasis, sebaliknya sedia bekerjasama dengan rakyat Johor daripada pelbagai latar belakang kaum.

Menteri Besar Johor itu turut menasihati masyarakat Cina di negeri ini agar tidak terpedaya dengan tohmahan dan fitnah dibuat pemimpin parti politik lawan terhadap dirinya.

“Dalam kita hendak bangunkan negeri ini, ada sahaja suara individu yang dahulunya tidak pernah kelihatan di negeri ini tetapi datang cuba menghasut masyarakat Tionghua.

“Macam-macam saya difitnah, kata saya pemimpin rasis tetapi sebenarnya mereka tiada modal. Tetapi di sini saya mahu tegaskan, BN bukan parti rasis sebaliknya kita buta warna kulit.

“Saya bukan pemimpin rasis, saya pemimpin untuk semua. Jadi mesej saya untuk masyarakat Tionghua di negeri ini, saya sedia bekerjasama dengan anda untuk majukan Johor,” katanya ketika berucap pada Program Perjumpaan MB Johor Bersama Komuniti DUN Johor Jaya, di Plentong, di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, masyarakat Cina di negeri ini perlu menyedari bahawa kerajaan negeri pimpinan Onn Hafiz telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan buat Johor.

“Banyak kejayaan yang kerajaan negeri sedia ada telah capai, sama ada melalui pembangunan atau ekonomi. Antaranya termasuklah kemasukan pelaburan luar berjumlah RM110 bilion, tahun lalu,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 1-7-2026 09:27 AM
Hidup pekembar
Quote pengecatbintang 2-7-2026 01:14 AM
Onn ni coba guna sosok Najib sebagai modal kempen PRN

Quote pengecatbintang 2-7-2026 01:16 AM
Saya bukan pemimpin rasis, saya pemimpin untuk semua – Onn Hafiz

so, ko pemimpin utk Melayu, Cina, India dll

PMX -> anak Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dll anak saya
Quote Decaffeinated 2-7-2026 10:49 PM
dah nama parti pun untuk melayu, who are you kidding.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.151411 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top