CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya doa kebenaran, keadilan, ketenangan bersama YB’ - Bella Astillah

30-6-2026 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2124| Komen: 26

 


“Doakan.”

Demikian respons, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi memberi sokongan moral kepada tunangnya, Syed Saddiq, di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, di sini, hari ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, tiba di pekarangan mahkamah diiringi saudara terdekatnya pada pukul 7.55 pagi.

Mengenakan baju kurung berbunga kuning oren, Bella tampak ceria serta yakin malah sempat melemparkan senyuman kepada hampir 100 wakil media yang menunggu prosiding keputusan rayuan akhir terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar itu.

Selepas itu dia dilihat terus menuju ke kamar mahkamah bertemu bakal mentuanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah yang tiba di mahkamah pukul 7 pagi.

Terdahulu, menerusi hantaran Instagram Bella menitipkan doa penuh harapan agar segala urusan tunangnya itu dipermudahkan.

Dia berharap keputusan yang bakal diumumkan pagi ini akan memihak kepada Syed Saddiq selain mendoakan agar kebenaran, keadilan dan ketenangan sentiasa mengiringi perjuangannya.

“Esok (hari ini) adalah hari yang sangat besar setelah sekian lama menanti. Saya doakan agar kebenaran, keadilan dan ketenangan sentiasa bersama YB Syed Saddiq.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, mengangkat segala beban, dan memberi kekuatan untuk melalui hari yang penuh makna ini.

“Kadang-kadang perjalanan untuk mencari keadilan tidak mudah. Ia menguji hati, kesabaran dan kepercayaan kita kepada aturan Allah.

“Tetapi saya percaya, setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap doa yang ikhlas tidak pernah sia-sia. Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bella turut menzahirkan harapan agar segala ujian yang dilalui digantikan dengan kebahagiaan, selain mendoakan keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan penuh keikhlasan.

“Semoga yang benar dan baik terus dilindungi. Semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan ikhlas.

“Amin ya Rabbal ‘alamin,” katanya.

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diketahui pagi ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli politik terbabit pada pukul 9 pagi ini.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 30-6-2026 01:27 PM
pending kann tiber verdict nyer?elok2 lps prn johor.adakah?.............
Quote apedehal 30-6-2026 02:15 PM
Semuga ss djatuhkn hukuman sblm smpat kawen..meol nak tgk sejauh mana setia nya si kemek ni
Quote nolya 30-6-2026 02:42 PM
apedehal replied at 30-6-2026 02:15 PM
Semuga ss djatuhkn hukuman sblm smpat kawen..meol nak tgk sejauh mana setia nya si kemek ni


Kenapa dgn awak? Apa untung ruginya awak nak ukur sejauh dekatnya pertunangan BASS.  
Jgnlah terlalu kejam menghitung dn mengira2 tuan nasib seseorang.  Tak baik.
Quote Purestteam1 30-6-2026 03:04 PM
makin panjang siri hollywood ni..haha
Quote Hoola 30-6-2026 05:50 PM
so resultnya...
takkan prank kot tadi
ehhhhhh
Quote LembingDayanti 30-6-2026 07:25 PM
dah rupa sajat. bezanya sajat lawa bertiang tiang!!
Quote Aribaariba 30-6-2026 10:15 PM
Kot mana pun ayam menang. Ayam kalah kes, selamat dari kawen mek. Ayam menang kes, kawen tp apa yg susah utk blah dari mek pas tu. Letak taklik pasal tudung, pasal soc media, terus boleh lepaskan mek . Aku yakin sgt dia berganding dgn mek hanya utk try his best luck. Dgn mek, dia dpt job utk bayar lawyer sambil hambur duit ke muar. Apa je keputusan kes, ada je jln keluar utk ayam dari berlama2 an dgn mek
Quote Aribaariba 30-6-2026 10:17 PM
apedehal replied at 30-6-2026 02:15 PM
Semuga ss djatuhkn hukuman sblm smpat kawen..meol nak tgk sejauh mana setia nya si kemek ni

Kalau ayam betul syg mek, dia nikah secepatnya x kisah apa keputusan kes. Dia tangguh kawen sbb nak try luck, mana Tau dpt escape Dr kawen mek
Quote apedehal 30-6-2026 10:22 PM
Aribaariba replied at 30-6-2026 10:17 PM
Kalau ayam betul syg mek, dia nikah secepatnya x kisah apa keputusan kes. Dia tangguh kawen sbb na ...

Mmg tangguh ye?sbb dgr2 ritu kawin jun.. ke gosip je sebenarnya adik rempit mek yg kawen jun
Quote sleepandream 30-6-2026 10:44 PM
kenapa keputusan penghakiman tu orang lain tak boleh wakil bacakan sajork? let say hakim koma dekat sepital 1 tahun mcmmana? justice delayed is justice denied katanya... begitulah pembaziran masa dan sumber taxpayer ditiriskan... yihhhhh
Quote brainbiru 30-6-2026 11:31 PM
Geli lah aku dgn diditiak tu... kenapa dia kena tersua2 muka jugak??? Tak malu betol. Perangai pati menebal betol. Tersua2. Kau sape???? Kenapa smpai nak kena mengekoq sekali dgn toklaki sekali.
Quote brainbiru 30-6-2026 11:32 PM
apedehal replied at 30-6-2026 10:22 PM
Mmg tangguh ye?sbb dgr2 ritu kawin jun.. ke gosip je sebenarnya adik rempit mek yg kawen jun

Adik dia dh kawen dah sis.
Quote brainbiru 30-6-2026 11:36 PM
Aribaariba replied at 30-6-2026 10:15 PM
Kot mana pun ayam menang. Ayam kalah kes, selamat dari kawen mek. Ayam menang kes, kawen tp apa yg s ...

Ntah lah.. tapi part of me kata ayam akan nikah betol dgn dia. Sbb dia dh jadi angau. Imagine la anak teruna tua hari2 kena gesel.... ingat kata2 kemek kat wartawan dulu.. yg smpai Alep stop berlakon dgn peah.. sbb "nak jaga" hati bini.. ayat kemek..
"Kalau dah hari2 dtg manja2 dgn lelaki.... tak de Alep, tak boleh rehearsal"

So skrg itu yg dia buat
Quote DeLuna85 1-7-2026 06:44 AM
Kalau masuk penjara sekali pun ada la modal kemek untuk ditunggang supaya kekal menjadi buah mulut.
Quote likilu 1-7-2026 06:56 AM
Sorang duk yb yb kehulu kehilir
Sorang lagi duk ber pak ustat

Dua dua kerja keras menangkap pasangan
Quote Hellogirls 1-7-2026 07:29 AM
So nnt ad lagi ke "majlis tahlil" yg akan dibuat di masjid? Sbb tangguh lagi ni.
Quote sue_liah 1-7-2026 08:54 AM
geli jah nak minta doa2 kan
Quote Joysparta 1-7-2026 09:42 AM
Seboknya lahai dia ni
Quote aint 1-7-2026 10:44 AM
kemungkinan besar SadDick ke dlm istana besi ni... hehhe

kalo lps, bole je salah seorg judge umumkan, walopun seorg judge tak hadir... sbb katanya dah ada keputusan kan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.102041 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top