CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selain Pandai Wiring, Zara Zya Suka Lelaki Tak Merokok & Soft Spoken - "Macam Dah Tak Wujud Kan Lelaki Tak Merokok?”

30-6-2026 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1401| Komen: 26

   


Pelakon Zara Zya sekali lagi berkongsikan mengenai ciri-ciri lelaki kegemarannya selain pandai dalam melakukan wiring, dia sukakan lelaki yang tidak merokok.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata dia juga sukakan lelaki yang bercakap lembut serta mengatakan seolah sukar untuk menemui lelaki yang tidak merokok.

 

“Selain dari pandai wiring, bertukang dan pandai buat kerja berat, saya juga suka lelaki yang tak merokok, vaping dan soft spoken. Macam dah tak wujud kan lelaki tak merokok?” katanya.

Terdahulu, Zara turut berkata jika lelaki tersebut pandai memasak serta mengaji ianya adalah satu kelebihan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-6-2026 11:41 AM
tapi circle & ex you ramai yang ciri-ciri nonok je....bagaimanakah ittewww.. kena keluar circle kawan2 lah kot, bukan ditch kawan2 yang baik, tapi cuba expand la sikit ke circle yang luas sikit kot... tapi maybe orang geli bila dekat2 bau veneer mentos tu...ehhh!!!
Quote areyam 30-6-2026 12:13 PM
dulu minat jgak kerja2 wiring.... entah kenapa belajar bidang lain plak.... ada rupanya pompuan minat wireman
Quote cm_vungtau 30-6-2026 12:15 PM
Ada cuma dia tak minat kat kau. Gittew
Quote royaldanish 30-6-2026 12:29 PM
bukan ada angin2 dulu kata dia ni....
Quote A-Are 30-6-2026 01:30 PM
susah nak jumpa lelaki xmerokok...yg i ols date kebanyakan perokok, tp i xkisah sgt sbb dalam family i pon ramai perokok...bila masuk kerja mcm culture shock sikit sbb semua lelaki officemate i xmerokok..masatu i da kawen, terus terpikir awat lambat aku jumpa dorang ni now alhamdulillah husband i da berjaya berhenti merokok..so kalau rasa susah nak jumpa yg xmerokok, try tgk bahagian lain yg lbh baik, lepas kawen mgkn boleh slow2 suruh dia stop merokok..
Quote TomyamPuteh 30-6-2026 01:57 PM
Faris kan pandai wiring?
Quote KamikuP 30-6-2026 04:11 PM
Moga dapat jodoh yg sekufu,  kalau selalu merempan pasal jantan kelak nanti ko akan jadi Julin Aziz 2.0.. ekeke
Quote likilu 30-6-2026 04:50 PM
Dia expect cakap gitu beratur lelaki claim terpaling mcm bila pompuan cantik or mak ayah tunjuk anak cantik agaknya

Konfiden dapat mana
Quote noor2 30-6-2026 07:35 PM
Eh..adalah...wujud je lelaki2 yg x merokok
Quote shernazz 30-6-2026 07:44 PM
Wujud je..
Laki.iols.tak.merokok...dalam.family belah.mak.iols,.kalau merokok tu kira rare
Sebab semua adek.beradek emak iols,.sepupu2.iols.tak.merokok...
Kecuali poksu iols..kalaundia nak merokok mmg keluar jauh2 la..haha
Quote Blu3butter 30-6-2026 08:16 PM
Husband aiol tak merokok tp kalau org bg dia ambil jer. Katanya rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari sakit ati aiol tau
Quote ledigugu 1-7-2026 10:17 AM
Tgh ckp pasal irfan ke? irfan pernah ckp dia tak merokok dlm live masa tgh shooting terbang
Quote angelfire82 1-7-2026 11:00 AM
Quote NuansaBiru 1-7-2026 11:12 PM
Edited by NuansaBiru at 1-7-2026 11:13 PM

Jadi bini bernombor bamroy ler kalu gitu, tapi lalu ke tekak kau telan ikan sungai hari2, sanggup ke ko duk kat felda, rumah atap zink tengahari panas ting ting ting....opkos ler idokkkk
Quote NuansaBiru 1-7-2026 11:34 PM
Blu3butter replied at 30-6-2026 08:16 PM
Husband aiol tak merokok tp kalau org bg dia ambil jer. Katanya rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari  ...

Mental gymnastics perokok ini kadang2 out of this world. Sayur taknak makan, hari2 ambik red meat, mmg betul2 opposite dgn kita yg sayur kena setambun, daging seminggu sekali pun payah nak jamah....bila kita jeling dia isap rokok, jgn lah marah, tobacco kan plant-based katanya. Dah tu, ngapa tak gi kunyah daun ganja saja?
Quote Blu3butter 2-7-2026 12:21 AM
NuansaBiru replied at 1-7-2026 11:34 PM
Mental gymnastics perokok ini kadang2 out of this world. Sayur taknak makan, hari2 ambik red meat, ...

Itu le pasal. Naik menyampah dgn yg menghulur tu kononnya brotherhood ler sgt. Bab lain idok le pemurah mana pun
Quote zuriey 2-7-2026 07:58 AM
Apa tak wujudnya
Family i semua lelaki tak merokok
Abg, sepupu, pakcik2 tak ada yang merokok pun.
Quote BungaKencana 2-7-2026 09:25 AM
yg pndai bertukang & wiring tu sbnrnye bagus sbb takde la sikit2 pnggl org utk betulkan setakat kerosakan kecik.. jimat duit hehehhe

yg tak merokok & vape tu ramai je sebenarnye cuma kau tak jumpa
Quote talapia 2-7-2026 12:45 PM
lelaki tak merokok? Ramai je..
laki ai tak merokok.. anak ai tak merokok..
budak2 ofis ai pon majoriti tak merokok. seorang dua je vaping..
ikut circle la kot. Family besar aku pon mostly tak merokok.. sepupu sepapat belah mak tak merokok.. semua circle biasa2 je la bkn rempit2..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083680 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top