|
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendedahkan lebih RM250,000 hasil pendapatannya sebagai duta sebuah produk telah disalurkan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan masyarakat di kawasan Parlimen Muar. Menerusi perkongsian di Threads, Saddiq berkata dana tersebut telah dimanfaatkan untuk pelbagai inisiatif termasuk membantu golongan memerlukan serta pelajar yang bakal melanjutkan pengajian. “Sepanjang setahun pertama, lebih RM250,000 disumbangkan sepenuhnya untuk kerja-kerja kebajikan di Muar. “Daripada sumbangan itu, ratusan komputer riba sampai ke tangan anak-anak Muar. Ribuan bakul makanan pula sampai kepada keluarga yang memerlukan,” katanya. Sementara itu, Saddiq berkata tanggungjawab sebagai duta bukan sesuatu yang mudah kerana perlu membahagikan masa antara tugas rasmi dan komitmen kerja. “Saya kena kerja pagi malam. Shooting. Siaran langsung. Program. Penat? Memang penat,” katanya. Bagaimanapun, Saddiq berkata segala penat lelah dilaluinya berbaloi selepas melihat senyuman penduduk Muar hasil dana berkenaan. “Tapi bila saya tengok senyuman anak Muar yang dapat komputer riba pertama mereka sebelum masuk universiti, semua penat itu hilang. Terima kasih Kitsui Malaysia dan Bella Astillah,” katanya. Sumber : Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.034922 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.