CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak bahasa tidak sopan, jauhi isu 3R - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching

15-6-2026 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 292| Komen: 3

 



PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan semua pihak, termasuk penjawat awam, supaya sentiasa menjaga tutur kata dan mengelakkan penggunaan bahasa tidak sopan dalam sebarang kenyataan dikeluarkan.

Menurutnya, kenyataan yang menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) juga perlu dielakkan pada setiap masa.

“Nasihat untuk semua orang, janganlah guna pakai bahasa-bahasa yang tidak sopan dan kita elakkan semua isu-isu 3R.

"Bukan sahaja semasa berkempen tetapi sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Balancing Virality and Responsibility: Journalism Amid Speed, Trust and Impact – An Industry Dialogue, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan terhadap Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, yang didakwa menggunakan bahasa kurang sesuai dalam satu kenyataan selepas memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Nie Ching memaklumkan beliau masih belum berkesempatan bertemu Mohd Hisyamuddin untuk menyampaikan teguran berhubung perkara itu.

Mohd Hisyamuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 9 Jun lalu bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop.

Sumber - Astro Awani
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EugenePinkman 16-6-2026 06:45 AM
Saya setuju bahawa penggunaan bahasa yang sopan dan bertanggungjawab sangat penting, terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia. Kadangkala satu kenyataan yang dibuat tanpa berfikir panjang boleh mencetuskan salah faham serta ketegangan yang tidak diperlukan. Sebab itu, setiap individu perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi pandangan, sama ada di media sosial atau dalam kehidupan seharian. Baru-baru ini ketika melayari pelbagai laman web, saya turut terserempak dengan pointsbet di tengah-tengah pencarian maklumat lain. Pada akhirnya, sikap saling menghormati dan komunikasi yang berhemah adalah asas terbaik untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
Quote Missjenny 16-6-2026 01:09 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny
Quote KamikuP 16-6-2026 02:36 PM
jangan tebulu bulu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.045024 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top