CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilihan Raya Presiden Palestin akan diadakan pada 2027

15-6-2026 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 155| Komen: 1

 


RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada 2027, sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju yang lebih luas untuk memajukan proses demokrasi dan mengukuhkan penyertaan awam dalam institusi Negara Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Pengumuman itu dibuat ketika Abbas mengeluarkan dekri undang-undang yang meminda Dekri Undang-Undang No. (1) 2007 mengenai Pilihan Raya Umum dan pindaannya, memperkenalkan beberapa siri reformasi pilihan raya yang bertujuan meningkatkan penyertaan politik dan meluaskan perwakilan demokrasi, lapor Agensi Berita WAFA.

Undang-undang dekri itu menambah bilangan kerusi dalam Majlis Perundangan Palestin kepada 200, menurunkan ambang pilihan raya untuk memenangi kerusi kepada 1.0 peratus, dan meningkatkan bilangan minimum calon pada setiap senarai pemilih daripada 16 kepada 20.

Ia juga memperkenalkan langkah untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam senarai pilihan raya dengan menghendaki kemasukan sekurang-kurangnya seorang wanita dalam setiap tiga calon dalam senarai, memastikan perwakilan wanita yang lebih luas dan penyertaan lebih besar dalam politik dan membuat keputusan.

Di samping itu, dekri undang-undang berkenaan menurunkan umur minimum untuk bertanding dalam pilihan raya Majlis Perundangan daripada 28 kepada 23, membolehkan penyertaan belia yang lebih luas dalam proses demokrasi dan mengukuhkan peranan mereka dalam institusi yang dipilih.

Sumber -- BERNAMA-WAFA
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Missjenny 16-6-2026 01:09 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.036757 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top