CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan kes rogol anak lelaki kerabat diraja Norway diketahui hari ini

15-6-2026 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 0

 



STOCKHOLM: Keputusan dijangka diumumkan pada Isnin dalam perbicaraan berprofil tinggi membabitkan kes rogol terhadap Marius Borg Hoiby, anak kepada Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, lapor agensi berita Jerman dpa.

Hoiby berdepan 40 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan rogol, beberapa kes keganasan rumah tangga, pelanggaran perintah larangan mendekati, serta kesalahan berkaitan dadah dan trafik.

Lelaki berusia 29 tahun itu tidak akan hadir ke mahkamah bagi keputusan hukuman atas faktor kesihatan dan dijangka mengikuti prosiding menerusi pautan video dari penjara.

Perbicaraan Hoiby yang berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mac mengejutkan Norway dan menarik perhatian media global.

Beberapa bekas teman wanitanya serta wanita yang didakwa diserang Hoiby ketika mereka sedang tidur memberi keterangan terhadap Hoiby di mahkamah, sekali gus membuka sisi kehidupan peribadi anak sulung Mette-Marit itu.

Pendakwa raya menuntut hukuman penjara selama tujuh tahun tujuh bulan terhadap Hoiby atas kesalahan berkenaan.

Hoiby ialah anak tiri kepada Putera Mahkota Norway, Haakon, pewaris takhta negara itu, namun beliau tidak memegang sebarang gelaran diraja dan bukan anggota rasmi keluarga diraja. 

Sumber-  Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.031579 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top