CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 13,000 etnik Rohingya ‘bersarang’ di Kelantan, 8,000 tidak memiliki kad (UNHCR) - Ketua Polis Kelantan

15-6-2026 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 407| Komen: 8

 



KOTA BHARU – Polis mengenal pasti seramai lebih 13,000 etnik Rohingya yang tinggal di empat daerah di Kelantan melalui pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan sehingga bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, seramai 8,000 etnik tersebut tidak memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala 5,373 lagi memiliki dokumen tersebut.

Katanya, etnik tersebut bagaimanapun tidak berada di pusat penempatan khas, namun mereka tinggal secara bertebaran di dalam masyarakat khususnya di empat daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

“Setakat ini, tidak timbul isu penduduk tempatan di Kelantan menyampah dengan kehadiran etnik Rohingya apabila golongan tersebut dikatakan masih belum memonopoli sektor perniagaan di sini.

“Berdasarkan maklumat Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, kebanyakan etnik Rohingya bekerja sebagai buruh kasar di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, etnik Rohingya lebih banyak melakukan kerja-kerja berat, berkebun, membina rumah selain mengambil upah melakukan kerja-kerja yang tidak mahu dilakukan oleh orang tempatan.

Menurutnya, keadaan di Kelantan tidak sama seperti di tempat lain terutamanya ibu negara apabila etnik Rohingya dilihat semakin menguasai kawasan perniagaan sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakyat tempatan.

“Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk setempat yang merungut mengenai kehadiran etnik Rohingya di kawasan mereka.

“Selain itu, mempunyai aplikasi khas untuk menyemak ketulenan kad UNHCR yang dikemukakan oleh etnik Rohingya bagi mengelakkan penggunaan dokumen palsu semasa pemeriksaan dijalankan,”ujarnya.  


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-6-2026 02:52 PM
nNTI puak Rohinya dah pandai kecek kelate dan makan budu
Quote silance 15-6-2026 03:04 PM
Inilah hasil ngundi balik kampung tempuh jem 15 jam. Dapat ronga.

Tapi heran juga waktu monsun tada pulak depa ni kena banjir? How aa?
Quote Dalcott 15-6-2026 05:44 PM
belum lg tu.  tuggu ckit lg
Quote axl_bach 15-6-2026 08:31 PM
Rasanya x lama dulu kat CARI ni popular dgn ayat "ummah budu berbondong2 turun di stesyen bas Selayang".....
Quote manopBKK 15-6-2026 08:36 PM
demi isley...
Quote Missjenny 16-6-2026 01:11 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny
Quote manopBKK 23-6-2026 10:00 PM
Ok je.. nadir bumi berbiliion...
korang apa tau...nanti nak dekat PRU barulah nak korek bagai..kan?

Quote alberteinstein7 6-7-2026 10:25 PM
good post

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055304 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top