|
Bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah sering menjadi perhatian ramai selepas rumah tangganya berakhir pada Disember tahun lalu.
Memetik Kosmo, timbul dakwaan mengatakan Dr Afifah atau mesra dipanggil Dr Fie dikatakan sudah menemui kebahagiaan. Dr Fie dikatakan sedang dalam fasa berkawan dan hubungan tersebut didakwa turut mendapat restu keluarga kedua-dua pihak. Sementara itu, ada sumber mendakwa ternampak gambar Dr Fie bersama beberapa individu di hadapan sebuah pesawat persendirian. Gambar tersebut seolah memberi bayangan ‘rakan’ barunya itu merupakan orang kuat sebuah syarikat besar. Apa pun kita nantikan jika ada penjelasan dari Dr Fie sendiri serta mendoakan kebahagiaannya. Sumber: Kosmo |
syabee replied at 15-6-2026 08:58 PM
cantiknya dia
helicornia replied at 16-6-2026 09:23 AM
enggang sama enggang...parents pun tak rasa insecure anak belajar tinggi kena la kawin yg sepadan. m ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-7-2026 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.