|
JAKARTA – Kawasan pelancongan tanah tinggi terkenal Indonesia, Gunung Bromo kembali memukau dunia apabila dilaporkan mengalami fenomena embun beku ataupun bersalji buat pertama kalinya pada tahun ini, lapor portal berita detikjatim. Fenomena unik menyamai suasana musim sejuk itu dikesan menyelubungi beberapa kawasan di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS) awal pagi Isnin lalu. Menurut laporan tempatan, lapisan kristal ais yang memutih kelihatan menutupi kawasan berumput, dedaun pokok, sehinggalah ke hamparan luas lautan pasir di sekitar Bromo. Fenomena tersebut berlaku berikutan suhu udara yang merosot sehingga di bawah 5 darjah Celsius pada waktu awal pagi, menyebabkan embun yang terbentuk sepanjang malam membeku lalu menghasilkan lapisan putih seakan salji. Kemunculan embun beku itu terus menarik perhatian pelancong yang sudah berada di lokasi tersebut sejak sebelum subuh lagi.
Ramai pengunjung mengambil peluang memanfaatkan detik jarang berlaku itu untuk bergambar di samping menikmati udara sejuk yang jarang ditemui di negara beriklim tropika seperti Indonesia. – AGENSI |


Decaffeinated replied at 12-6-2026 02:52 PM
Ini bukan salji lah bodoh
Decaffeinated replied at 12-6-2026 02:52 PM
Ini bukan salji lah bodoh

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064223 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.