|
JAKARTA – Pengguna media sosial terkejut apabila sebuah bangunan dua tingkat yang disangka rumah mewah di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah rupa-rupanya dijadikan kandang biri-biri, lapor portal berita Lambe Turah. Dikenali sebagai ‘kandang biri-biri sultan’, bangunan itu terletak di daerah Batur. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @afdholabadi menunjukkan kawanan biri-biri sedang berehat di dalam kandang masing-masing yang terletak di tingkat satu. Lebih menarik, setiap kandang memiliki lantai serta dinding mozek. Menurut pemilik haiwan itu, dia sengaja membina kandang seperti rumah untuk keselesaan dan kesihatan biri-biri ternakannya. Rakaman itu mencatatkan lebih 13,600 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. “Hidup mereka lagi selesa dari saya,” kata seorang netizen. – AGENSI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-7-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.103480 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.