CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki fitnah Tok Batin sorok Jaslinda diberkas polis

12-6-2026 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 558| Komen: 4

 


TAPAH – Lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd. Asmadi Abdullah berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, diberkas polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh pada pukul 1 tengah hari.

“Setakat ini, kita telah menerima 11 laporan polis berhubung kandungan berunsur fitnah terhadap tok batin yang dimuat naik di media sosial.

“Permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat di mahkamah esok, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.


Terdahulu, tular di media sosial TikTok dakwaan seorang lelaki kononnya Mohd. Asmadi, 63, ‘menyimpan’ Jaslinda sepanjang tempoh kehilangan wanita itu sebelum dia ditemukan penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

Dakwaan tidak berasas itu mendorong kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta membuat laporan polis pada Selasa lalu bagi membantah fitnah yang tular terhadap Mohd. Asmadi.

Jaslinda yang hilang sejak 23 Mei lalu ketika menyertai aktiviti pendakian Trans Spencer Capman di Gunung Batu Putih ditemui selamat oleh penduduk Orang Asli pada 6 Jun lalu.

Dia dilihat berjalan seorang diri dalam keadaan lemah menyeberangi jambatan berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu sebelum dibawa ke rumah Mohd. Asmadi untuk diberi bantuan awal.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 12-6-2026 10:10 AM
Ya ampun mcm ni sekali ada plot twistnya dari pandangan sesetengah orang.. hahahah

.. sebenarnya boleh jer layan, tp janganlah pergi post dan post pulak mcm pasti. layan mcm cerita kedai kopi oklah tu...
Quote tumpanglalu74 12-6-2026 10:38 AM
Screenshot_20260611_011606.jpg
Quote prince_marhaen 12-6-2026 11:07 AM
Hahahaha padan muka kaki tiktok ni.... dah lah keja guna-gunakan pompuan bodoh macam kak liza taiping dengan ratu farah tu buat content, keja nak kongkek betina je.. mulut kalah bapok kalau buat live... bini pun enabler gelak2 dia rasa laki dia kelakar... 24jam buat live takde keja tetap agaknya..
Quote pengecatbintang 12-6-2026 11:16 AM
aku ingatkan PMX & DAP jer depa akan pitnah

sekali sapu semua

dasat netizen Mesia nia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.075915 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top