|
JAKARTA – Satu klip video tular di Tarakan, wilayah Kalimantan Utara menunjukkan penduduk tempatan berpusu-pusu mendaki bukit atau kawasan yang lebih tinggi selepas melihat air laut surut tiba-tiba, lapor portal berita Lambe Turah. Kebimbangan itu semakin meningkat selepas tersebarnya maklumat mengenai potensi tsunami susulan gempa bumi kuat menggegarkan Filipina. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @syyyalala menunjukkan perjalanan ke sebuah bukit dibanjiri beratus-ratus orang semalam. Seorang penduduk tempatan memberitahu bahawa dia meninggalkan rumah bersama keluarganya selepas melihat air di Pantai Amal tiba-tiba surut pada pukul 10 pagi (waktu tempatan). “Saya melihat air laut surut dengan mata sendiri pagi tadi. Bimbang dengan potensi tsunami, saya segera ke sini bersama anak-anak dan suami,” katanya.
Ada antara mereka yang enggan pulang ke rumah meskipun pihak berkuasa mengesahkan keadaan di kawasan Pantai Amal selamat. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-7-2026 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.