CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DPP bantu kerajaan kenal pasti pelarian, pemegang kad UNHCR

12-6-2026 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 308| Komen: 6

 


PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan pelaksanaan proses Pendaftaran dan Penentuan Status Pelarian (DPP) merupakan langkah penting bagi membolehkan kerajaan memiliki data lengkap dan sahih mengenai pelarian serta pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berada di negara ini.

KDN dalam kenyataan berkata, Malaysia telah berdepan dengan kehadiran pelarian dan pemegang kad UNHCR sejak berpuluh tahun lalu, namun sehingga kini kerajaan masih tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai jumlah sebenar, identiti dan latar belakang individu terbabit.

Menurut kenyataan itu, keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan kerana setiap dasar dan keputusan berkaitan migrasi perlu berpaksikan data yang tepat serta dimiliki oleh kerajaan sendiri.

“Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri dan mengurus migrasi negara, KDN perlu memastikan setiap keputusan dan dasar yang dilaksanakan berasaskan data yang sahih.


“Atas sebab itu, berpandukan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 (Semakan 2023), Jabatan Imigresen sedang melaksanakan proses Pendaftaran dan Penentuan Status Pelarian (DPP) di Semenanjung Malaysia,” katanya hari ini.

Menurut KDN, proses berkenaan melibatkan pemegang dokumen UNHCR serta individu yang mendakwa diri mereka sebagai pelarian.

Katanya, melalui DPP, kerajaan akan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti yang lebih terperinci bagi membolehkan status, keberadaan serta latar belakang individu berkenaan dikenal pasti dengan lebih tepat.

“Data ini amat penting bagi membantu kerajaan menilai implikasi keselamatan, kesihatan awam, ekonomi dan sosial secara lebih menyeluruh.

“Ia juga membolehkan prosedur operasi standard (SOP), dasar migrasi serta langkah-langkah penguatkuasaan berkaitan pelarian dan pemegang kad UNHCR diperkemas berdasarkan maklumat yang boleh disahkan,” ujarnya.

KDN turut menegaskan bahawa proses DPP bukanlah satu bentuk pemberian kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.

Sebaliknya, ia merupakan instrumen penting bagi memastikan kerajaan mempunyai kawalan yang lebih berkesan terhadap isu migrasi dan keselamatan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan tetap berpegang kepada prinsip bahawa keselamatan negara tidak akan sesekali dikompromi, namun pada masa sama isu pelarian perlu diuruskan secara teratur, berlandaskan undang-undang serta mengambil kira pertimbangan kemanusiaan di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Kita tidak boleh mengurus sesuatu yang tidak kita kenali dan kita tidak boleh menjaga keselamatan negara tanpa mengetahui dengan jelas siapa yang berada di dalam sempadan negara.

“Justeru, pelaksanaan DPP merupakan langkah penting ke arah pengurusan migrasi yang lebih tersusun, bertanggungjawab dan berteraskan kepentingan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 12-6-2026 11:18 AM
Edited by silance at 12-6-2026 11:20 AM

Gi hantar auditor go yuniheciar office sana la. Check serial number bila no. o1 start, now no. berapa? Maximum no. will be berapa, 4 digit, 5 digit, 6 digit.....bigger? No ending keep rolling?

Masa depa apply card, ada support documents needed ke? ie. isi borang + gambar, sapa sign surat approved masuk, masuk ikut sempadan mana- ketua kampung chop/sign, apa reason masuk sini+bukti seksaan di bukit sana+gambar rumah kena bakar, kena bom/ ambik thumbprint.....
Quote tungkai 12-6-2026 11:45 AM
All these while kita semua dimomokkan dgn kekebalan kad ni. Padahal Malaysia tak sign pun refugee treaty pun. Tak valid & tak di recognized pun kat sini. Siapa yg spread benda2 mengarut ni?
Quote Decaffeinated 12-6-2026 12:09 PM
tungkai replied at 12-6-2026 11:45 AM
All these while kita semua dimomokkan dgn kekebalan kad ni. Padahal Malaysia tak sign pun refugee tr ...

Ohh... tak sain pun, selama ni sembang ja ka selamat malam Rohingya?
Quote tungkai 12-6-2026 10:41 PM
Decaffeinated replied at 12-6-2026 12:09 PM
Ohh... tak sain pun, selama ni sembang ja ka selamat malam Rohingya?

Mengata wak Zahid & kuncu2 nya ke?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/338454/isu-rohingya-adalah-isu-kemanusiaan-zahid

Quote Girl_Games 16-6-2026 11:11 AM
Edited by Girl_Games at 16-6-2026 11:12 AM

I've always enjoyed girl games because they offer a relaxing way to be creative and have fun after a long day.

Quote Missjenny 16-6-2026 01:13 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.263996 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top