CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Lubuk’ Rohingya Di Hulu Langat Akan Dirobohkan – MB Selangor

11-6-2026 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 624| Komen: 14


 


Bangunan penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat yang tular di media sosial akan dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran di kawasan berkenaan bukanlah perkara baharu kerana pelbagai penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan sejak 2016.

“Berhubung dengan bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook.

Menurut Amirudin, antara tindakan yang telah diambil termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta tindakan perobohan melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Beliau berkata, PDT Hulu Langat turut mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kepada pemilik struktur terbabit dalam beberapa siri tindakan penguatkuasaan sejak 2017.

Selain itu jelasnya, operasi perobohan bersepadu juga pernah dilaksanakan bersama beberapa agensi termasuk MPKj, LUAS, PDRM, Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pada masa sama, MPKj turut mengeluarkan notis serta tawaran kompaun pada 2016, 2017, 2019 dan 2021 di bawah Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, selain mengeluarkan arahan mengikut Seksyen 72(1)(b) dan 72(1)(c) akta sama terhadap pihak yang mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa tempatan.

Amirudin berkata, LUAS turut membuka kertas siasatan pada tahun lalu di bawah Seksyen 43(4) dan Seksyen 70(3) Enakmen LUAS 1999 berhubung pembinaan struktur berkenaan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa menerusi OPS Kutip, JIM bersama PDRM telah menahan 42 warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri menegaskan akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Amirudin turut mengingatkan orang ramai supaya merujuk kepada fakta serta kenyataan rasmi pihak berkuasa dan tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan di media sosial.

Sumber : Berita Harian, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 11-6-2026 05:45 PM
rasanya boleh bagi title kat pak azad.semua benda2 pundek ni pokok pangkalnya RASUAH. takde maknanya ko boleh terlepas bangunan sebesar alam tu.mungkin pegawai bawah2 dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.tapi masalah bila tang atas2....
Quote Decaffeinated 11-6-2026 09:22 PM
Maka dengan ini takde beza lah kerajaan Islam Malaysia dengan junta Myanmar di mata Rohingya
Quote gigahertz 11-6-2026 10:45 PM
Perkataan akan jika sedang kalau ... jangan caya.
Quote JohnDeSouza 11-6-2026 11:55 PM
Decaffeinated replied at 11-6-2026 09:22 PM
Maka dengan ini takde beza lah kerajaan Islam Malaysia dengan junta Myanmar di mata Rohingya

jadi berambus
Quote JohnDeSouza 11-6-2026 11:55 PM
Decaffeinated replied at 11-6-2026 09:22 PM
Maka dengan ini takde beza lah kerajaan Islam Malaysia dengan junta Myanmar di mata Rohingya

jadi berambus
Quote JohnDeSouza 11-6-2026 11:55 PM
Decaffeinated replied at 11-6-2026 09:22 PM
Maka dengan ini takde beza lah kerajaan Islam Malaysia dengan junta Myanmar di mata Rohingya

jadi berambus
Quote silance 12-6-2026 11:04 AM
Lalu selat melaka go straight down to lampung la. Sana pun apa.
Quote ninja boy 12-6-2026 12:27 PM
Tuan sewa dah kaut untung rm400x 20bilik x 5 tahun = 500k kayo kayo
Quote kucingitam 12-6-2026 12:38 PM
akan tu bila?
Quote kucingitam 12-6-2026 12:38 PM
akan tu bila?
Quote imthegirl 12-6-2026 01:05 PM
Dah viral baru masing masing ada akal. Setakat kluar notis kompaun dari 10 tahun lepas tak sudah sudah. Takkan la tak de apa apa tindakan susulan lepas tu. Memang naik kepala la semua.
Quote FOTHER-MUCKER 12-6-2026 04:42 PM
Muka seperti ini pun ada orang pilih untuk menjadi pemimpin negeri.
Quote FOTHER-MUCKER 12-6-2026 04:42 PM
Muka seperti ini pun ada orang pilih untuk menjadi pemimpin negeri.
Quote Missjenny 16-6-2026 01:13 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.136410 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top