CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Rohingya jadi 'barah', perlu tindakan menyeluruh semua pihak - Ayob Khan

11-6-2026 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 877| Komen: 13

 


KUALA LUMPUR: Kewujudan penempatan haram yang melibatkan etnik Rohingya memerlukan penyelesaian yang terancang dan menyeluruh kerana masalah itu dilihat telah menjadi ‘barah’ yang semakin sukar dibendung.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu tersebut bukan sesuatu perkara baharu dan telah berlarutan sejak sekian lama. 

Menurutnya, berdasarkan statistik setakat April lalu, terdapat seramai 219,472 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

“Daripada jumlah itu, 197,591 adalah warga Myanmar dan 128,200 daripadanya merupakan etnik Rohingya,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Lawatan Sempena Hari Polis do Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, usaha menangani isu Rohingya tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) melibatkan beberapa lapisan penguatkuasaan bermula di perairan sehingga mereka mendarat di negara ini.

“Polis adalah penerima terakhir dalam rantaian ini. Dari sudut keselamatan dan jenayah, kita akan ambil tindakan jika mereka terlibat dalam sebarang kesalahan.

“Namun, apabila mereka ditangkap dan dihukum, timbul persoalan ke mana mereka hendak dihantar semula. Sebab itu isu ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk negara sumber dan negara lain yang berkaitan,” katanya.

Ayob Khan berkata, operasi membanteras penempatan PATI termasuk etnik Rohingya, dilaksanakan secara berterusan oleh pihak berkuasa. 

“Sebagai contoh, operasi di kawasan Flat Rancangan Sungai Tekali, Hulu Langat sudah dilaksanakan dan seramai 42 individu ditahan. 

“Ketua Polis Daerah Kajang juga sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada 9 Jun lalu,” katanya.

Mengulas cadangan mewujudkan pusat penempatan Rohingya di sebuah pulau berhampiran Laut Andaman, beliau berkata, terdapat pelbagai perkara perlu diteliti secara mendalam.

“Kalau diwujudkan pusat seperti itu, siapa yang akan menguruskan? Siapa yang akan membiayainya? Selepas disaring, mereka hendak ditempatkan di mana?

“Adakah negara ketiga sanggup menerima mereka? Ini antara persoalan utama yang perlu dijawab sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanakan,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, kewujudan pusat transit khas berpotensi menjadi faktor penarik atau pull factor yang boleh dieksploitasi sindiket penyeludupan manusia untuk membawa lebih ramai migran ke rantau ini. 


Sumber – UTUSAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 11-6-2026 05:48 PM
Susah sangat ke nak settle masalah ni?

Lelaki rohingya kahwinkan dengan perempuan Melayu dan lelaki Melayu kahwinkan dengan perempuan rohingya. Selesai masalah. Hidup aman damai.
Quote FOTHER-MUCKER 11-6-2026 06:07 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-6-2026 02:22 AM

Baru baru ini nuar brahim ada bagi tau dia duduk di sungai long selalu pergi barber potong rambut 'bangla ke apa minta belas kasihan dengan nuar brahim. Nuar brahim bukan tidak tau tapi biasalah sikap Melayu yang mudah layu dengan pujuk rayu supaya di kesihani sehingga tak apa di pijak kepala. Itulah Melayu di pujuk rayu sehingga layu di rayu bangla dan rohingya

Nak buat macamana nuar brahim dan si pudin kata kita seharusnya ada berperikemanusiaan kepada mereka, jika mereka tidak dalam kesusahan takan mereka sanggup menempuh lautan untuk datang ke Malaysia.
Jadi kepada kau orang semua bersyukur lah kerana ada pemimpin murah hati dan sentiasa bersikap berperikemanusiaan.
Quote Skuau 11-6-2026 09:10 PM
FOTHER-MUCKER replied at 11-6-2026 05:48 PM
Susah sangat ke nak settle masalah ni?

Lelaki rohingya kahwinkan dengan perempuan Melayu dan lelaki ...


kena mulakan dgn ank2 222 kt parlimen tu la..'KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN/TELADAN'.
Quote miss_white 12-6-2026 12:35 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-6-2026 11:07 AM
Baru baru ini nuar brahim ada bagi tau dia duduk di sungai long selalu pergi barber potong rambut 'b ...

Hanya pendatang yg faham pendatang..din pokka  dulu dtg Malaya naik tongkang kot.tu yg paham sgt dgn rohingya .
Quote kucingitam 12-6-2026 02:54 PM
terpikir pulak aku, Myanmar yg dtg kerja kat Msia tak bergaduh ke dgn Rohingya kat Msia kalau berjumpa ye? Setahu aku mcm dr kecik lagi dah dgr isu Myanmar-Rohingya ni tapi punca tak pasti.
Quote kemaruk 12-6-2026 07:47 PM
Lemah

Baru diuji dengan rohingya pon acik porem dah tewas
Quote noor2 13-6-2026 07:43 AM
kucingitam replied at 12-6-2026 02:54 PM
terpikir pulak aku, Myanmar yg dtg kerja kat Msia tak bergaduh ke dgn Rohingya kat Msia kalau berjum ...

[tiktok]7650018996607077652[/tiktok]
Quote Missjenny 16-6-2026 01:13 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny
Quote Dalcott 16-6-2026 07:22 PM
so yg btl nye orh myanmar ke org bangladesh
Quote blastoff 20-6-2026 08:23 AM
Yg betul2 mimik barah dlm badan aka jangkitan mycoplasma bertopengkan vaksin covid tak plak cuba di hentikan malah truss cucuk lagi dan lagi sampai pupus berbillion  manusia

Kemudian salahkan pe je lahhh sebagai punca masalah ibarat barahhh , dari bangsa, makanan, air, udara, material itu ini.... Err pi berambus dok dlm bunker senang sket tarak perlu deal dgn semua faktor luaran.
Quote manopBKK 21-6-2026 09:42 PM
kemaruk replied at 12-6-2026 07:47 PM
Lemah

Baru diuji dengan rohingya pon acik porem dah tewas

Patutlah Cai bertukar karier jadi penchenta Rohingya pulak... Al kesahyer...khuen?

[twitter]https://twitter.com/aisehman/status/2067787038867554403?s=61[/twitter]

Quote daisy71 22-6-2026 06:00 AM
Salahkan yg jaga sempadan yg makan duit.
Quote Apoo 22-6-2026 08:07 AM
Dah cancer tahap 4 dah. Dah start mengganggu kehidupan rakyat Malaysia. Nak buat mcm mana utk diselesaikan pun, dah habih upaya dah.

Paling senang, kumpulkan semua laki2 rohingya ni. Then vasec je. Semoga mereka x membiak dimasa depan.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035312 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top