CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Mana-mana kapal melalui Selat Hormuz akan diserang’ - Tentera Iran

11-6-2026 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 468| Komen: 5

 



TEHRAN – Tentera Iran akan menyerang mana-mana kapal yang melalui Selat Hormuz, selepas Tehran membedil dua kapal yang cuba menyeberangi  laluan air strategik itu, ketika rundingan untuk menamatkan perang Asia Barat tergendala.

Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang serangan baharu ke atas Iran semalam,  dengan Presiden Donald Trump berikrar untuk ‘menyerang mereka dengan keras’  selepas menuduh perunding Tehran ‘memperbodohkan kami’.

Markas pemerintah tentera Iran,  Khatam al-Anbiya berkata: “Sebarang trafik kapal melalui Selat Hormuz akan menjadi sasaran.”

“Selat Hormuz  kini ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kapal,”  tambahnya menurut agensi berita Tasnim.

Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran  pula dipetik stesen  televisyen IRIB dan agensi berita Mehr sebagai melaporkan, dua kapal yang cuba melalui Selat Hormuz secara haram telah diserang.

“Berikutan pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Amerika, Selat Hormuz akan ditutup sehingga notis lanjut,” katanya. 

Media Iran turut melaporkan letupan berlaku di seluruh selatan Iran dekat Selat Hormuz, kawasan sama di mana tentera AS telah mengebom pertahanan udara, radar dan tapak lain kelmarin. – AFP

Kredit :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 11-6-2026 01:59 PM
gigil tangan memasing nak berperang
Quote slavehunter 11-6-2026 03:39 PM
Ahhahaha. Trump wet dreaming again.
Kena lagi dengan Albanian mengamuk pulau reserve mereka kena jual ke Zionist nak dijadikan military off grid bunker atau ritual Island lagi. Adan uker Trump.

Long live Iranian!
Quote kotakbaju 11-6-2026 04:29 PM
Kapal kat atas tu memang nak terbalik ke
Quote Nuyak 15-6-2026 10:54 AM
Trump ni punca la...apo laa
Quote Decaffeinated 15-6-2026 11:50 AM
Kapal dagang lalu secara haram? Yang ko pergi serang tu halal ka, ko perang dengan US kan?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.040743 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top