CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Datuk Keramat mahu status tanah ‘leasehold’ ditukar – Johari

11-6-2026 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 572| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi sokongan sepenuhnya terhadap memorandum penduduk Kampung Datuk Keramat yang mahu menukar pegangan status tanah mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Johari berkata, penduduk mahu status tanah mereka digazetkan kepada Hak Milik Kekal Tanah Rizab Melayu daripada status sekarang iaitu Pegangan Pajakan (Leasehold).

“Penduduk Kampung Datuk Keramat berhasrat membawa perkara ini kepada pihak Kerajaan Persekutuan, khususnya kepada Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP, di mana PTGWP merupakan agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Hampir 100 peratus penduduk yang memiliki tanah berstatus leasehold di Kampung Datuk Keramat ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, apa yang penduduk mahu adalah adalah supaya tanah Kg. Datuk Keramat ini, tidak sewenang-wenangnya dijual kepada mana-mana pihak oleh generasi akan datang.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, di mana Kampung Datuk Keramat berada di dalam Parlimen Titiwangsa, saya memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada mereka,”tegasnya.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa memorandum tersebut telah diserahkan oleh Persatuan Kebajikan Pemilik dan Pewaris Hartanah Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur.

Ujar beliau, perwaris Datuk Keramat yang merupakan penduduk-penduduk di kampung berkenaan. 

Kredit :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 11-6-2026 02:01 PM
tengok apa tindakan hanayo pasal ni
ke buat buta n pekak je
Quote pengecatbintang 11-6-2026 02:50 PM
kenapa la ni baru mintak

naper x mintak dari dulu
Quote n3ar 11-6-2026 02:53 PM
dulu ahso sesudu sawit ada buat perbincangan dgn kaum2 dia dekat sri petaling, nk tukar status tanah dorang dari leasehold kepada freehold...apa jadi ntah
Quote gigahertz 11-6-2026 11:05 PM
n3ar replied at 11-6-2026 06:53 AM
dulu ahso sesudu sawit ada buat perbincangan dgn kaum2 dia dekat sri petaling, nk tukar status tanah ...

dah berjaya. itu sebab sebab after sri petaling tak dan 6 minggu terus cheras pulak.
Quote airfilterkotor 12-6-2026 12:30 AM
Jikalau boleh tukar status, harapnya orang Keramat ada duit banyaklah untuk bayar premium tanah.
Quote kemaruk 12-6-2026 12:57 AM
rohingya kepanasan  
Quote Missjenny 16-6-2026 01:14 PM
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny
Quote gigahertz 16-6-2026 11:40 PM
pengecatbintang replied at 11-6-2026 06:50 AM
kenapa la ni baru mintak

naper x mintak dari dulu

sebab takde yang berjaya.
Sri petaling dah berjaya hasil Teresa Kok .
Cheras masuk list bila Hannah Yeoh jadi Menteri JPM .

Yang jadi persoalan :
a) Dato Seri Dr Zaliha Mustafa adalah Menteri JPM sebelum Hannah Yeoh
patut Dr Zaliha ni dah boleh rasmikan... Dr zaliha ni orang PKR.

b) Hannah Yeoh baru 2 hari naik jadi Menteri JPM terus Cheras Freehold .

c) Hannah Yeoh ni orang Kuat DAP . dia jaga Segambut. Cheras tu kawasan Tan Kok Wai.
pun Orang DAP juga. Cheras ni kubu kuat DAP since tahun 1992.

d) Sri petaling tu kawasan Seputeh. tu mmg kawasan Teresa kok.

d) next target Bukit Bintang , Kepong , Segambut.

Bila dah jadi FreeHold kerajaan dah susah nak ambik balik untuk next pembangunan.
unless owner mati waris takde. atau owner ada tunggakan cukai pintu. PBT boleh sita.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056569 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top