CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunku Zain Al-’Abidin dimasyhur Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

11-6-2026 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1779| Komen: 29

 


KUALA PILAH: Putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Zain Al-’Abidin dimasyhurkan sebagai penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Pemasyhuran itu disempurnakan sendiri oleh Tuanku Muhriz dalam Istiadat Pengurniaan dan Perisytiharan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada Khamis.

Istiadat berlangsung mengikut adat istiadat Diraja Negeri Sembilan dengan keberangkatan masuk Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud ke Balairong Seri, diiringi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz sebelum Lagu Kebesaran Negeri Sembilan dimainkan.

Orang Empat Istana kemudian memohon perkenan bagi memulakan istiadat sebelum Tunku Zain dipersilakan menghadap bagi menerima watikah pelantikan sebagai Tunku Panglima Besar.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama isteri dan pemimpin adat serta masyarakat negeri.

Tunku Zain, putera kepada Tuanku Muhriz dikenali menerusi penglibatan aktif dalam bidang pendidikan, pembangunan belia serta dasar awam.

Beliau yang kini berusia 44 tahun merupakan Canselor Universiti UCSI, Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Presiden Kolej ICAN.

Beliau turut mengasaskan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), sebuah badan pemikir yang memberi tumpuan kepada isu tadbir urus, dasar awam dan reformasi institusi.

Graduan London School of Economics and Political Science (LSE) itu pernah berkhidmat dengan Parlimen United Kingdom, Bank Dunia serta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Selain itu, beliau juga mengasaskan IDEAS Autism Centre yang kini mengendalikan tiga pusat di Rawang, Nilai dan Port Dickson, serta IDEAS International Secondary School yang mempunyai kampus di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Beliau turut aktif dalam pelbagai inisiatif kebudayaan, penulisan serta pembangunan sukan di Negeri Sembilan.

Pemasyhuran Tunku Zain sebagai Tunku Panglima Besar dibuat susulan kekosongan gelaran pusaka berkenaan selepas penyandang terdahulu, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, tidak lagi memegang gelaran tersebut.

Pada 9 Jun lalu, pihak Istana Besar Seri Menanti memaklumkan, Tunku Nadzaruddin telah melepaskan gelaran Tunku Panglima Besar selepas tindakannya menerima pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun.

Menurut kenyataan istana, pengisytiharan tersebut disifatkan tidak sah dan tidak diiktiraf di bawah Perlembagaan, undang-undang serta adat Negeri Sembilan.

Istana turut memaklumkan, tindakan tersebut menyebabkan gelaran Tunku Panglima Besar yang disandang beliau menjadi kosong.

Sumber: Astro Awani
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote forex 11-6-2026 03:34 PM
WOW
Quote AnnaSendin 11-6-2026 03:55 PM
Tahniah Tunku Zain al-Abidin my love.
Semoga dirimy dan kakandamu cepat berkahwin dan dikurnai zuriat sebagai penerus legasi Clan Muhriz.
Quote azimodin 11-6-2026 04:05 PM
Ntah la.. tbh iouls memang taknak clan J naik. Bukan sebab clan M bagus ke hapa tapi clan J tu menayang kebaratan sangat. At least clan M ada educational background yang boleh dibanggakan. Go go TZA.. dah lama TZA tak post video/gambar kat IG. Maybe sebab dah ada bau2 istana bergolak kot.

Yg undang tu pon nak turunkan yg atas kena la buat dengan cara terhormat. Apa kesalahan TM sampai cepat2 sangat nak naikkan clan J? Pasal meeting ada wakil DAP tu ke? Yakin sangat ke yg TM dibawah pengaruh DAP?
Quote cmf_jeangrey 11-6-2026 04:17 PM
Poor anak Jaapau..yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran

Quote cmf_jeangrey 11-6-2026 04:20 PM
Btw gelaran tu dilucutkan bukannya ditinggalkan kosong..reporter pun tulis la as it is bukan play safe takut2 padahal dia manusia sama mcm kau..ikut resmi reporter barat masa cover kes andrew mountbatten

Quote AnnaSendin 11-6-2026 04:37 PM
azimodin replied at 11-6-2026 04:05 PM
Ntah la.. tbh iouls memang taknak clan J naik. Bukan sebab clan M bagus ke hapa tapi clan J tu menay ...

Heols aktif kat TikTok now.
Quote cm_vungtau 11-6-2026 05:31 PM
Ni yang hensem tu kan. Tahniah dari acik por. Kalau hensem memang ngam bila bijak
Quote azimodin 11-6-2026 05:48 PM
AnnaSendin replied at 11-6-2026 04:37 PM
Heols aktif kat TikTok now.

Halamak.. kanda dah ke tiktok? Iouls xde tiktok..huhu
Quote sphinx 11-6-2026 05:52 PM
AnnaSendin replied at 11-6-2026 04:37 PM
Heols aktif kat TikTok now.

and threads.. cuma xtau whether he personally post ke or ade admin behind the account..
kalau kat IG rasanya mmg his own account kan
Quote alesandra 11-6-2026 05:59 PM
dlm hari  yg sama ydpa tarik balik gelaran tan sri dari isa samad.mmg ada kaitan dgn politik pun.umngok mmg celaka.titik
Quote tumpanglalu74 11-6-2026 06:00 PM
azimodin replied at 11-6-2026 04:05 PM
Ntah la.. tbh iouls memang taknak clan J naik. Bukan sebab clan M bagus ke hapa tapi clan J tu menay ...

1000109018.jpg
Quote alesandra 11-6-2026 06:05 PM

euuwwwww MIL si  sarimah ni kan?
Quote IzzahF 11-6-2026 06:06 PM
woww sudahlah hensem, berpendidikan. semiga semenggah la adanya sampai bila2..nampak dia elok je dgn cousins...tak sangka internal crisis samai ke sini
Quote azimodin 11-6-2026 06:33 PM
alesandra replied at 11-6-2026 06:05 PM
euuwwwww MIL si  sarimah ni kan?

Alahai.. kedut seribu pon ditayang
Quote alesandra 11-6-2026 07:35 PM
azimodin replied at 11-6-2026 06:33 PM
Alahai.. kedut seribu pon ditayang

baru ni org hencap nek  madonna buang tebiat  pakai inapproriate mcm zaman like a virgin dolu2.yg kutuk2 tu pun  org kapir tauwww...madonna tauwww.......madonna
Quote azimodin 11-6-2026 08:29 PM
alesandra replied at 11-6-2026 07:35 PM
baru ni org hencap nek  madonna buang tebiat  pakai inapproriate mcm zaman like a virgin dolu2.yg  ...

Madonna xnak kalah dengan diksab yang muda munggil.. dulu dengan britney pon sheouls xnak kalah ya. Udah la rupa macam nenek gayung.
Quote tumpanglalu74 11-6-2026 08:49 PM
Edited by tumpanglalu74 at 11-6-2026 09:35 PM
alesandra replied at 11-6-2026 06:05 PM
euuwwwww MIL si  sarimah ni kan?


Kenape ek merate alam beliau digelar sebagai "the Tunku Dara"?  Even on Wikipedia.  

Sehebat2 kerabat macam sotan silver tu dulu pon orang tak panggey "the Raja Nazrin".  Pastu wife dia pon takde pulak orang panggey "the Tuanku Zara".  

Anyway mase mude memang lawa:

1000109028.jpg
1000109029.jpg
Quote alesandra 11-6-2026 10:13 PM
tumpanglalu74 replied at 11-6-2026 08:49 PM
Kenape ek merate alam beliau digelar sebagai "the Tunku Dara"?  Even on Wikipedia.  

Sehebat2 ker ...

dara tu panggilan kan?bukan nama dia?dia pulak the eldest child.the dara ...the eldest  daughter...'the maklong kawasan'? penah tgk  satu gamba baru2 ni ...gamba zaman purba bila tah.dia hanya jadi guest  ke atau  dia punya birthday? ke sapa tah.tema dia  the godfather ko...dun play2
Quote vender 12-6-2026 07:20 AM
tumpanglalu74 replied at 11-6-2026 08:49 PM
Kenape ek merate alam beliau digelar sebagai "the Tunku Dara"?  Even on Wikipedia.  

Sehebat2 ker ...

Tunku Dara tu gelaran dia dpt dari istana.  Mcm kaklong kawasan la sbb dia anak sulung perempuan.  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.483338 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top