CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penempatan etnik Rohingya di Hulu Langat: Pelbagai tindakan diambil sejak 2016 - MB Selangor

10-6-2026 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 956| Komen: 23

 


Shah Alam: Pelbagai tindakan diambil agensi kerajaan sejak 2016 bagi menangani isu bangunan penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat, Selangor yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata tindakan berkenaan termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta penguatkuasaan.

"Untuk makluman, tindakan dan penguatkuasaan terhadap struktur yang dibina tanpa kebenaran di kawasan tersebut bukanlah perkara baharu.

"Pelbagai tindakan telah diambil oleh agensi kerajaan sejak 2016 termasuk pengeluaran notis amaran, kompaun, operasi bersepadu, siasatan serta tindakan penguatkuasaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta perobohan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Amirudin berkata kerajaan negeri akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada fakta serta kenyataan rasmi pihak berkuasa dan tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat atau mengelirukan yang disebarkan di media sosial.

Terdahulu PDT Hulu Langat dalam kenyataan memaklumkan struktur bangunan kediaman bertingkat tersebut berada di sebahagian besar atas lot tanah hak milik individu HSM 5345 PT 3940 (Syarat Nyata Tanah: Rumah Kediaman) Mukim Ulu Langat dan sebahagian kecil berada di atas rizab jalan.

Menurut kenyataan itu, terdapat beberapa struktur bangunan kediaman yang didirikan secara tidak sah dan pernah didiami oleh penduduk etnik Rohingya di atas lot tersebut serta lot bersebelahan yang merupakan rizab sungai.

Untuk rekod, PDT Hulu Langat telah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828) kepada pemilik-pemilik struktur kediaman tersebut pada 2017, 2020, 2021 dan terkini pada 13 Mac 2025.

Satu tindakan perobohan melalui operasi bersepadu juga telah dilaksanakan pada 2017 oleh PDT Hulu Langat bersama-sama LUAS, PDRM, MPKj, Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Selain itu, MPKj juga telah mengeluarkan notis dan tawaran kompaun di bawah kesalahan Seksyen 70(1) dengan arahan di bawah Seksyen 72(1)(b)(c) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 pada 2016, 2017, 2019 dan 2021 kerana telah mendirikan sesuatu binaan bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak MPKj.

"LUAS pula membuka kertas siasatan pada 2025 di bawah Seksyen 43(4) dan Seksyen 70(3) Enakmen LUAS 1999 bagi pengesyoran tindakan pengkompaunan kesalahan kepada pihak yang bertanggungjawab mendirikan struktur tanpa kebenaran yang boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," menurut kenyataan itu.

Selain itu, JIM Selangor juga telah menyertai operasi bersama PDRM (Ops Kutip) dari Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 28 Feb 2025 dan menahan 42 warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Berhubung dengan bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

PDT Hulu Langat bersama semua agensi penguatkuasaan daerah sentiasa komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan berlandaskan lunas undang-undang.
 
Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jari10 11-6-2026 01:39 AM
Hehehehehe
Quote ultra78 11-6-2026 07:48 AM
Minta siarkan nama pemilik tanah tu
Quote Decaffeinated 11-6-2026 10:19 AM
Ini serupa big budget setinggan lah, boleh buat rumah flet.
Quote silance 11-6-2026 10:29 AM
Bila rakyat dah heboh boleh pulak roboh. So rakyat tau la nak buat apa lepas ni.
Quote sukacactus 11-6-2026 10:50 AM
Perobohan? Perobohan apanya masih tegap berdiri je aku tgk
Quote Blu3butter 11-6-2026 11:21 AM
Kenapa tak dirobohkan terus sedari awal. Piling apa semua confirm takde so bangun tinggi main pacak gitu bahaya pd org yg lalu lalang berdekatan premis juga
Quote FOTHER-MUCKER 11-6-2026 11:31 AM
Mungkin SPRM boleh siasat
Quote FOTHER-MUCKER 11-6-2026 11:31 AM
Mungkin SPRM boleh siasat
Quote kucingitam 11-6-2026 11:48 AM
PMX kena masuk campur ni. Kalau tak, semua kerja tak jalan, yg tu tunding kat org ni, org sini tunjuk kat org tu.
Quote sayawifenikmie 11-6-2026 01:33 PM
sebenarnya ... bila dia orang ni dibenarkanmasuk dan tak ditangkap .. depa semua nikena duduk kat mana?

APa kata buat rumah kongsi macam rumah kongsi pelarian vietnam kat Sg Besi dulu tu?
lebihmudahakwal mereka

tapi buatlah elok elok ..
Quote sayawifenikmie 11-6-2026 01:33 PM
Edited by sayawifenikmie at 11-6-2026 01:35 PM

sebenarnya ... bila dia orang ni dibenarkan masuk dan tak ditangkap .. depa semua ni sepatutnya kena duduk kat mana?

Apa kata buat rumah kongsi macam rumah kongsi pelarian vietnam kat Sg Besi dulu tu?
lebih mudah kawal mereka

tapi buatlah elok elok ..
Quote BungaKencana 11-6-2026 02:37 PM
ultra78 replied at 11-6-2026 07:48 AM
Minta siarkan nama pemilik tanah tu

nah

WhatsApp Image 2026-06-11 at 2.36.19 PM.jpeg
Quote pengecatbintang 11-6-2026 02:49 PM
gomen ni prosedur banyak..

cth :

nak buang staff gomen yg ada masalah disiplin pon payah
Quote pengecatbintang 11-6-2026 02:49 PM
gomen ni prosedur banyak..

cth :

nak buang staff gomen yg ada masalah disiplin pon payah
Quote s@s@ 11-6-2026 02:50 PM

nama pun pelik... org myanmar gak ke?
Quote BungaKencana 11-6-2026 03:05 PM
s@s@ replied at 11-6-2026 02:50 PM
nama pun pelik... org myanmar gak ke?

tau takpe.. lain dgn nama cina malaysia
Quote annehuda 11-6-2026 03:18 PM
ultra78 replied at 11-6-2026 07:48 AM
Minta siarkan nama pemilik tanah tu

1000707016.jpg

Dah ada org share dah kt threads. Adakah cina tempatan sbb mcm jarang cina malaysia surname Ding
Quote noor2 11-6-2026 10:07 PM
Tengok la perangai betina Rohingya bila berada di negara Malaysia

[tiktok]7649235094716157204[/tiktok]
Quote silance 11-6-2026 11:49 PM
So, dah ada waibeh dari mana-mana bendera yang ke depan to comfort rakyat yang sedang menanti jawapan, bengang, marah? Sudah buat draft solution berpehak pada local?

Isn't this the right time to shine? Or to overshine the rest? If yes, dah boleh tempah kerusi pm11 woooo....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.072457 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top