|
MELAKA – Kisah pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang tersesat selama 14 hari di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, sebelum ditemui dalam keadaan lemah membuka perhatian terhadap risiko kesihatan serius selepas tempoh kebuluran berpanjangan. Jaslinda, 49, dilaporkan kehilangan hampir 10 kilogram berat badan sepanjang tempoh berkenaan sebelum diselamatkan komuniti Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurut Pegawai Dietetik, Wan Nurul Hazirah Wan Alkamar Shah, keadaan seperti ini bukan sekadar melibatkan pemulihan nutrisi tetapi turut berisiko mencetuskan komplikasi dikenali sebagai refeeding syndrome (RFS) jika tidak dikendalikan dengan betul. “Menurut amalan berasaskan bukti, kebimbangan utama selepas seseorang mengalami kebuluran berpanjangan bukan sekadar kekurangan zat makanan tetapi risiko RFS.
“RFS berlaku apabila pengambilan tenaga, khususnya karbohidrat diperkenalkan semula selepas tempoh kelaparan lama, menyebabkan mineral penting seperti fosfat, kalium dan magnesium berpindah secara mendadak dari darah ke dalam sel,” katanya ketika dihubungi. Katanya, keadaan itu boleh membawa kepada komplikasi serius dan berpotensi mengancam nyawa jika tidak dipantau dengan teliti. “Keadaan ini boleh menyebabkan aritmia jantung, kegagalan pernafasan, gangguan neurologi (kekeliruan dan sawan) dan dalam kes tertentu boleh membawa maut,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |

tumpanglalu74 replied at 10-6-2026 11:47 PM
Habes, ramai la yang kat Gaza tu kene bende ni.
Kitty_catz replied at 11-6-2026 08:56 AM
so kita kena buat apa ni? bukan sendiri cari masalah? takkan jiwa kental mcm acik jess ni tak mampoo ...
Kitty_catz replied at 11-6-2026 08:56 AM
so kita kena buat apa ni? bukan sendiri cari masalah? takkan jiwa kental mcm acik jess ni tak mampoo ...
Samerosie replied at 11-6-2026 02:18 AM
Walauweh, kan selamat2 terus bedal megi mee 2 paket dgn kopi 3 cawan. Rasa dia x de issue kut. P ...
Decaffeinated replied at 11-6-2026 02:15 AM
Ambil pengajaran.
Jiwa dia kental tapi tubuh dia tetap akan follow hukum biologi. Itu yang hendak ...
Decaffeinated replied at 11-6-2026 02:15 AM
Ambil pengajaran.
Jiwa dia kental tapi tubuh dia tetap akan follow hukum biologi. Itu yang hendak ...
Kitty_catz replied at 11-6-2026 06:54 PM
moga2 acik jess amek ikhtibar.. baca dekat threads geng2 hiking cerita sisi gelap acik jess ni mak ...
Samerosie replied at 11-6-2026 01:27 PM
Eh ye? Nak tau nak tau apa sisi nya.
Kitty_catz replied at 12-6-2026 08:58 AM
selfish... tu je nak kabo
biasa je dia tinggal kan group sbb nak cepat, mebi nak kejar pace ke ap ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-7-2026 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.165544 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.