CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes ugutan Azam Baki terhadap Albert Tei diklasifikasi NFA

10-6-2026 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 0

 


PUTRAJAYA – Siasatan berhubung kes ugutan jenayah membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap Albert Tei diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis berhubung aduan yang dibuat Albert atau Tei Jiann Cheing di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan itu mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan.

“Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Azam mengesahkan beliau memberi keterangan kepada polis Bukit Aman berhubung dakwaan ahli perniagaan, Albert Tei.


Albert Tei membuat laporan polis pada 13 Mei lalu selepas mendakwa diugut melalui peguamnya. Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Azam memaklumkan beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis namun menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Albert sepanjang proses rakaman berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.152240 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top