CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rohingya sanggup bayar hingga RM25,000 seorang untuk masuk Malaysia

10-6-2026 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 715| Komen: 15

 


PETALING JAYA – Warga Rohingya yang telah menetap di Malaysia dipercayai sanggup membayar sehingga RM25,000 seorang kepada ejen di Myanmar bagi membawa masuk ahli keluarga mereka ke negara ini secara tidak sah.

Peguam, Nurul Hafidzah Hassan berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil pengalaman beliau mewakili beberapa anggota polis, penjawat awam dan orang awam yang terlibat dalam kes berkaitan penyeludupan migran menerusi laluan laut di utara Semenanjung.

Menurutnya, kos membawa masuk individu tertentu boleh mencecah puluhan ribu ringgit, malah terdapat dakwaan wanita dan kanak-kanak perempuan dibawa masuk untuk dikahwinkan sesama komuniti Rohingya yang berada di Malaysia.

“Fakta yang dimaklumkan kepada saya ialah Rohingya yang sudah menetap di sini akan membayar ejen di Myanmar antara RM15,000 hingga RM25,000 untuk membawa masuk ahli keluarga mereka ke Malaysia. Yang wanita dan kanak-kanak pula dikenakan bayaran antara RM30,000 hingga RM40,000 seorang.


“Sumber pendapatan? Pasar-pasar borong, kedai-kedai makanan, gengster, tak perlu bayar cukai, derma orang ramai kepada ‘NGO’ mereka. Hutang pun boleh. Bayar nanti dekat ahli keluarga yang dulukan duit,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Nurul Hafidzah berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, kegiatan penyeludupan migran melalui laluan laut masih berlaku dan melibatkan jumlah yang besar.

Menurutnya, terdapat sehingga tiga bot boleh memasuki perairan negara dalam tempoh seminggu dengan setiap satu membawa lebih 400 penumpang.

“Heran tak, macam mana laluan-laluan tegak ada penguat kuasa? Ada anggota? Lolos. Saya juga dimaklumkan seorang nak lepas perlu bayar ufti beribu-ribu seorang kepada orang-orang tertentu.

“Nak cukupkan syarat, sesetengah tangkap, sesetengah lagi jual balik dekat ejen,” katanya.

Beliau turut berkata terdapat sebahagian besar Rohingya yang memasuki Malaysia tidak bercadang untuk pulang ke negara asal, sebaliknya mahu menetap secara kekal bersama keluarga mereka.

“Jadi apa yang bahayanya? Mana-mana pendatang asing dari mana-mana negara akan pulang ke negara asal walaupun berpuluh tahun mereka di sini.

“Rohingya, tak akan balik. Dia memang nak beranak pinak, tuntut tanah, tuntut sekolah, tuntut itu ini, tak lama lagi tuntut hak politik pulak. Keluar depoh, jadi sah di negara ini.
Negara ni kecik je dgn penduduk berapa juta sahaja. Rasa-rasanya boleh tercapai tak impian mereka ni?,” katanya.

Nurul Hafidzah berkata, pengalaman mengendalikan kes-kes berkaitan turut membuka matanya terhadap isu penyeludupan manusia yang menurutnya lebih kompleks daripada sekadar sentimen kemanusiaan atau agama.

Beliau berkata pernah mewakili beberapa anggota polis, penjawat awam dan orang awam yang terlibat dalam operasi membanteras penyeludupan Rohingya ke Malaysia, namun akhirnya berdepan pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Saya telah mewakili beberapa anggota polis, penjawat awam dan orang awam yang sangat berdedikasi sehingga menumpaskan aktiviti penyeludupan Rohingya ke Malaysia melalui sempadan laut di utara Malaysia.

“Tetapi operasi besar-besaran mereka didakwa disabotaj dan akhirnya mereka pula yang dipertuduhkan di bawah SOSMA dan ATIPSOM. Kononnya mereka yang merancang penyeludupan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat masyarakat perlu melihat isu Rohingya daripada pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang dan kesan jangka panjang terhadap negara.

Menurutnya, sentimen agama sering digunakan untuk meraih simpati masyarakat tanpa mengambil kira implikasi kemasukan migran secara tidak terkawal.

“Sentimen agama sering dimainkan tanpa memahami implikasi dan kesan kemasukan tanpa kawalan. Agama semata-mata tidak menggambarkan sikap seseorang. Kita perlu menilai sesuatu isu berdasarkan fakta dan realiti di lapangan,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Hafidzah mengakui pandangannya mungkin tidak dipersetujui semua pihak, namun berpendapat masyarakat perlu meneliti isu tersebut secara lebih terbuka.

“Saya dulu pun menderma kepada pelbagai pihak termasuk surau dan sekolah. Namun maklumat serta pengalaman yang saya peroleh sepanjang mengendalikan kes-kes ini membuka mata saya mengenai apa yang berlaku di sebalik tabir.

“Bukan semua maklumat sampai kepada masyarakat. Sebab itu saya merasakan perkara ini perlu dibincangkan secara terbuka,” katanya.
  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 10-6-2026 10:36 PM
Merujuk cerita di atas:
Kalau macam ini, muntri nak fight kat pibibi pun susah. Sure kalah. Nanti pibibi jawab balik, orang ko sendiri yang meniaga bawa mereka masuk la bodoooooohhhhhhh!!!!!!!! mana ada perang  kat bukit  tu. level pergaduhan etnik sajalah. Mereka sendiri yang nak keluar. Boddddooooohhhhh!!!!
Quote ultra78 11-6-2026 07:52 AM
Melayu memang senang diperbodohkan dengan agama
Quote Lampuled 11-6-2026 08:01 AM
Patut lah rasa entitled sbb diorangvl rasa dh byr yuran keahliaan. Minta diaorg tunjuk resit lah bayar ke siapa. Cakap mulut mn boleh pakai.
Quote copy_paste 11-6-2026 08:45 AM
hahahaha diorg dtg sini sebagai pati yg dilindungi,hebat betul,
kerja pun dah ada,komuniti kuat,siap ada gengster lagi hahaha.
Quote mejaputih 11-6-2026 08:56 AM
org kita yg bodoh...dorg ada duit, dtg sini sbb nak nk duk sini jd rakyat sini nk tanah sini sbb tahu malaysian lemah dan bodoh dan politian dan NGO boleh dibeli oleh dorg...org local nk beli tanah kena berhutang dgn bank...dorg dtg sini terus duduk atas tanah free... pastu biadap...i can't stand any more...but what can we do??
Quote noor2 11-6-2026 09:03 AM
Dasar parasit...
Quote noor2 11-6-2026 09:05 AM
copy_paste replied at 11-6-2026 08:45 AM
hahahaha diorg dtg sini sebagai pati yg dilindungi,hebat betul,
kerja pun dah ada,komuniti kuat,siap ...

Tunggula anak2 kita generasi akan dtg yg sendiri akan dihalau dari negara kita


Elok2 kita dah jd bangsa yg bertamadun, dtg bangsa parasit ni yg menbawa budaya buruk...sial lah
Quote shamsadis 11-6-2026 09:13 AM
ya, bayaran mahal sebab nak membayar tauke2 di tanah air kalau kehadiran mereka disekat, duit tak dapat, faham tak?

dapat duit, haruslah sokong, yang tak sokong, yang tak dapat duit....gitu
Quote BungaKencana 11-6-2026 09:18 AM
tu pun ada benak yg masih nk sokong Rohingya ni siap ckp propaganda je dorang byr byk tu, dia ckp kalau kaya mesti dorang da bawa kete kt sini.. ala bodo betul pastu dok bertekak dgn ahmadfaezal tu psl isu ni lg bertmbh bodoh
Quote Blu3butter 11-6-2026 11:46 AM
Biasa le charge utk ditabur dedak sana sini bkn boleh sikit2. Berbaloi apa... Bila dah msk byk kemudahan diarg dpt cuma ambil kad unchr tu je buat azimat
Quote Lampuled 12-6-2026 09:57 AM
Possible tak kalau nanti minta nk gi haji under negara kita?  Dlm kena tindas kat sana boleh kumpul 25k. Aman damai kat sini lg la mudah nk kumpul byk tu nk gi haji.
Quote TOPwind 13-6-2026 01:00 PM
jangan tipulah bayar RM25K konon
dtg dari mana duit tu jual pepek dan buah peler ke? laku ke?
Quote manopBKK 15-6-2026 08:38 PM
@Friska bayar berapa masuk Msia
Quote Missjenny 16-6-2026 01:20 PM
Here is way to earn Cash from rich malsyia sugar mummy or  interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, you can get connected to rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: Missjeenny
Quote manopBKK 20-6-2026 06:50 AM

[twitter]https://twitter.com/aisehman/status/2067787038867554403?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.111457 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top